in

“Uniform & nama company tak ada” – Netizen Curiga Dengan 2 Lelaki Jaga Parking ‘Valet’ Di Shop Lot Hartamas Ni

Parkinghartamas6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Secara logiknya, parking valet  ni biasanya dekat pusat membeli belah, hotel dan mana-mana tempat yang agak berprestij tapi tak tahu pula dekat shop lot biasa pun ada buat perkhidmatan ni.


Atau ia bisnes atas angin? Bagi sesiapa yang duduk kat area Hartamas, mungkin selalu nampak.

 

Boleh ke buat chup parking macam ni, legal ke?

Masa Anuar Fariz berada di kawasan Hartamas semalam, dia tiba-tiba ditahan oleh seorang lelaki ketika cuba nak masuk kat stau parking lot kosong.

Dia dilarang untuk menggunakan lot tersebut sebab lelaki tersebut mengatakan bahawa kawasan tersebut merupakan valet parking.

Parkinghartamas

Parkinghartamas2 1

Malah dia diarahkan untuk double park dikawasan-kawasan kedai tu. Hurm setahu admin paling-paling pun kena pakai kupon gores tu je kan? 

Parkinghartamas3

Was-was dan curiga dengan ‘kerja’ yang dilakukan oleh 2 lelaki tersebut, pertanyaan ini diajukan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Rasa curiga makin bertambah adalah 2 individu tersebut tidak memakai uniform dan di ‘kaunter’ yang mereka letak tu tak ada nama syarikat.

 

Tak pakai uniform, nama syarikat tak ada

Parkinghartamas4

Bukan itu sahaja Anuar juga meragui bahawa adakah keselamatan pengguna parking terjaga, dan adakah mereka akan bertunggungjawab jika berlaku sebarang masalah.

Parkinghartamas5

Itu sebab lah dia ajukan pertanyaan ini kepada Timbalan Menteri tersebut untuk bertanyakan kesahihan bisnes perkhidmatan seperti ini.

Ramai netizen cadangkan untuk ajukan perkara ini kepada pihak DBKL namun mereka tidak dapat ajukan terus memandangkan DBKL tak ada akaun rasmi Twitter.

Namun begitu, ada juga netizen yang beranggapan bahawa aktiviti ini cuma ‘ulat parking’.

 

Baca : “Binawe depa ni, spesis C*LAKA!”- Ramai Mangsa Ulat Parking Di Kuala Kedah Naik Hangin, Perangai Geng ‘Ni’ Makin Menjadi-jadi!

Ulatparking

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.