in

“Ulamak berhati serigala” – Gara-gara ‘Wajibkan’ Pengambilan Vaksin, Mufti Wilayah Dihentam Golongan Antivaksin

Mufti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa terdapat beberapa individu di antara kita merupakan penyokong antivaksin dan menolak anak-anak mereka disuntik oleh doktor dan pihak hospital.


Isu antivaksin ni boleh dikatakan agak besar jugalah sehinggakan golongan ini mempunyai grup mereka tersendiri dan dengan lantang mempertikaikan tindakan kerajaan termasuklah sanggup menghina golongan agama seperti Mufti Wilayah! Whaaat… 

 

“Antivaksin dorang punya celaka. Sampai Mufti Wilayah pun dorang boleh hina” 

Menerusi perkongsian yang viral di Twitter, netizen ni dedahkan satu posting dalam grup Facebook ini yang didakwa menghina Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Isu ini berkaitan kenyataan Mufti yang mewajibkan pengambilan vaksin ke atas anak-anak oleh ibu bapa mereka. 

69691711 10218361641885251 5542479085864747008 O
sumber: facebook

Agak mengejutkan, kenyataan tersebut telah membuatkan ahli grup ini sangat marah sehingga menggelar Dr Zulkifli sebagai ulamak berhati serigala dan tak begitu ‘alim’ dalam isu vaksinasi. Pulakk… marah betul dorang ni. 

Mkk

Ejyhio9U8Ae1Njg
sumber: twitter

 

“Group *** ni memang terkenal dengan bodoh sombong ahlinya dan semuanya acah alim” 

Rata-rata netizen yang sakit mata membaca segala komen di dalam grup tersebut berpendapat grup tersebut sudah memang terkenal dengan ideologi mereka yang tidak menerima vaksin. 

Jadi tak hairanlah mereka mengecam Dr Zulkifli dan sesiapa saja yang menyokong vaksin ni di dalam grup mereka. Cumanya ramai yang simpati dan sedih kenapa mereka masih berfikiran begitu.

Terpelajar
sumber: twitter

Apa-apapun mujurlah Mufti Wilayah seorang yang tak mudah melatah dalam isu ini dan admin harap ada lebih banyak perbincangan antara golongan antivaksin dan provaksin supaya tiada lagi isu kecam mengecam dan pergaduhan berlaku seperti ini.

Risau admin tengok kecaman yang dorang lemparkan kat orang sealim datuk mufti. 

Baca: “Aku rasa ni reason utk break paling berilmiah” – 11k Retweets Di Twitter, Kisah Putus Cinta Sebab Pasangan Anti-Vaksin & Flat Earther

Break

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.