in

Uji Bakat YG Entertainment Dibuka Buat Rakyat M’sia Yang Lahir Pada Tahun 2002-2010

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda meminati kumpulan BLACKPINK, Big Bang, iKON ataupun 2NE1, pasti anda tahu berkenaan agensi hiburan yang menguruskan mereka semua iaitu YG Entertainment. YG Entertainment boleh dikatakan sebagai agensi yang berpengaruh di Korea Selatan.


Berita baik buat anda yang berminat untuk menjadi selebriti K-Pop, YG Entertainment ada menganjurkan uji bakat buat rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 2002 hingga 2010.

Menerusi laman web agensi itu, uji bakat ini akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Step 1 dan Step 2. Untuk fasa Step 1, anda perlu menghantar borang permohonan yang dibuka pada 11 Oktober lalu sehingga ke 31 Oktober ini.

Harus diingatkan, uji bakat ini hanya terbuka kepada mereka yang lahir pada tahun 2002 hingga 2010 sahaja.

Notice 1633888007069 N8Lpx

Uji bakat Step 2 pula adalah buat mereka yang sudah melepasi Step 1. Dalam fasa ini, anda perlu melalui proses uji bakat secara bersendirian menerusi aplikasi Zoom.

Difahamkan, notis yang memberitahu bahawa anda berjaya melepas ke uji bakat Step 2 akan dihantar pada 8 November, manakala uji bakat menerusi aplikasi Zoom pula akan dijalankan pada 14 November.

2 3

Untuk rekod, Jennie BLACKPINK merupakan salah satu contoh selebriti di bawah naungan YG Entertaiment yang bermula daripada uji bakat, sehingga berjaya menjadi salah satu kumpulan K-Pop yang terbesar di Korea Selatan.

 

Buat anda yang berminat untuk menceburi industri K-Pop, mungkin ini adalah masanya! Layari laman web YG Entertainment untuk maklumat lanjut.

Jika di Thailand mereka berbangga dengan Lisa BLACKPINK, mungkin selepas ini Malaysia akan berbangga dengan anda!

 

BACA: Agensi Nafi Jisoo BLACKPINK dan Pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min Bercinta

Cats 18

Sumber: YG Audition
Sumber: YG Audition

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.