Nama Jennie, Lisa, Rosé dan Jisoo sebagai ahli kumpulan K-Pop sensasi, BLACKPINK, bukanlah sesuatu yang asing dalam industri muzik global. Malah, kumpulan itu kini turut mencipta pengaruh besar di negara-negara Barat.
Terbaharu, BLACKPINK mencatat sejarah apabila menjadi artis pertama di dunia yang berjaya meraih 100 juta pelanggan (subscribers) di platform YouTube.
Menerusi akaun rasmi di platform X (Twitter), YouTube mengucapkan tahniah atas pencapaian tersebut, selain menganugerahkan kumpulan itu Red Diamond Creator Award.
Difahamkan, saluran YouTube BLACKPINK telah dilancarkan pada Jun 2016, hampir sedekad lalu.

Artikel Berkaitan: Lagu ‘Jump’ Oleh Kumpulan Blackpink Antara Lagu Kegemaran Barack Obama Tahun 2025
Artikel Berkaitan: Bandingkan BLACKPINK Dengan Siti Nurhaliza, Kenyataan Individu Ini Jadi Bualan Ramai
Kini, saluran YouTube BLACKPINK itu mempunyai sekitar 648 video.
Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat mereka kerana telah setia menyokong mereka selama ini.

Difahamkan juga, setakat ini, BLACKPINK mempunyai sekitar 50 video yang mencapai lebih 100 juta tontonan.
Sumber: The Star
