in

Agensi Nafi Jisoo BLACKPINK dan Pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min Bercinta

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular desas-desus yang mengatakan penyanyi yang juga anggota BLACKPINK, Jisoo dan pemain bola sepak, Son Heung-min sedang bercinta.



Bagaimanapun, baru-baru ini agensi YG Entertainment menafikan khabar angin ini dengan mengatakan bahawa artis di bawah naungan mereka itu tidak bercinta dengan pemain Tottenham Hotspur itu.

Yq C3 16092019

“Kami ingin menyatakan dengan tegas bahawa semua khabar angin Jisoo bercinta adalah tidak benar. Agensi kami sedang memantau situasi ini dengan berhati-hati”, ujar wakil agensi itu.

Sambung YG Entertainment, khabar angin ini telah tersebar ke peringkat antarabangsa dan mereka bimbang jika ia akan mencalarkan reputasi Jisoo sebagai artis.

“Kami memohon agar semua berhenti daripada terus membuat spekulasi tidak berasas,” jelas agensi berkenaan.

Capture 5

Untuk rekod, Jisoo dan Son Heung-min didakwa bercinta pada September 2019 apabila penyanyi jelita ini dilihat hadir ke perlawanan bola sepak di England. Mereka berdua juga dilihat memakai gelang yang serupa.

Khabar angin tersebut mula bertiup kuat apabila Jisoo and Son Heung-min dikatakan pulang ke Korea Selatan dari Perancis pada hari yang sama.

Kredit: Harian Metro

BACA: Wajah Jisoo Blackpink Dipilih Paling Cantik & Sempurna Oleh Pakar Bedah Plastik

Cats 13

Sumber: Netizenbuzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.