in

UiTM Kenalkan Stail Baru Ambil Skrol, Pelajar Rela Tangguh Convo & Buat Petisyen Tak Nak Guna ‘Green Screen’

Featured Image 3 8 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis istiadat konvokesyen merupakan satu upacara yang dinantikan oleh para graduasi selepas mereka menamatkan pengajian. Malah majlis ini juga merupakan kenangan paling terindah buat para pelajar.


Disebabkan penularan pandemik COVID-19 ini, banyak institusi yang terpaksa menangguhkan sesi konvokesyen mereka.

Sehinggalah baru-baru ini, UiTM telah keluarkan satu idea yang menarik untuk mengadakan majlis konvokesyen dengan cara selamat daripada wabak, lapor The Star Online.

Difahamkan, majlis ini akan dilakukan secara temu janji serta menggunakan teknologi ‘green screen’.

Seperti yang diujar dalam video penuh, para graduan perlu membuat temu janji dan membuat ujian saringan secara atas talian dahulu. 

Selepas menerima SMS waktu temu janji, mereka perlu ke kolej untuk mengambil gambar konvokesyen dengan menggunakan green screen di belakang.

Imej itu akan di edit dengan meletakkan gambar canselor dan naib canselor, seakan-akan mereka memberi skrol kepada para graduan.

Nak tengok video penuh klik sini.

Namun, ini hanyalah cadangan daripada pihak universiti dan idea ini telah ditolak oleh para graduan dan sanggup tangguh ke masa hadapan.

Uitm2 Uitm3 Uitm4

Pun begitu, ada juga di antara mereka mengadakan petisyen untuk menolak konvokesyen ini diadakan, kerana bagi mereka majlis itu sepatutnya diraikan bersama kawan-kawan seperjuangan.

Uitm5

Bagi min UiTM cuba tak nak tangguhkan convo mereka, tapi itulah konvokesyen sepatutnya diraikan dengan rakan-rakan dan keluarga. Bila tak jumpa kawan bosanlah convo tu…

 

Baca: “Syukurlah…” – UiTM Pulangkan Yuran Kolej Kediaman Sepanjang PKP

Annotation 2020 06 29 170751

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: change.org

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.