in

“Syukurlah…” – UiTM Pulangkan Yuran Kolej Kediaman Sepanjang PKP

Uitm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini dikhabarkan pelajar universiti akan menjalankan online class sehingga akhir tahun 2020. Sehubungan itu, ramai pihak memberikan cadangan khususnya dalam kalangan pelajar supaya yuran universiti dikurangkan memandangkan mereka tidak menggunakan beberapa perkhidmatan yang disediakan di dalam kampus.

Oleh itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah melakukan inisiatif untuk mengurangkan yuran kolej kediaman kepada pelajar sepanjang PKP dilaksanakan, lapor Berita Harian.


Uitm

Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pemulangan yuran kolej kediaman itu akan dibuat menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.

Uitm 2

Namun, yuran pengajian tidak akan dipulangkan berikutan proses pelajaran dan pembelajaran (PdP) masih dilaksanakan secara online.

Pelajar mungkin akan membuat permohonan untuk mendapatkan pemulangan yuran kolej kediaman dan permohonan ini akan dibuka selepas perkara ini dimuktamadkan.

Uitm 4

“Setakat ini itulah pendirian kami walaupun ada pelajar tidak menggunakan kemudahan di universiti seperti makmal dan sebagainya kerana caj dikenakan secara keseluruhan perkhidmatan dan bukannya secara berasingan”

Namun begitu, pihak UiTM akan menunggu pendirian daripada kerajaan dan UiTM akur dengan keputusan yang akan diberikan nanti.

Perkara ini akan diputuskan selepas ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Maklumat terperinci telah diberikan mengenai yuran yang dikenakan kepada pelajar dan akan tunggu Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi muktamadkan bahagian mana boleh dikurangkan.

Pihak univerisiti pasti KPT akan membuat keputusan yang betul dengan memahami situasi yang berlaku pada ketika ini untuk mempertimbangkan pengurangan yuran.

Baca : “Please review semula” – Belajar Online Sampai Hujung Tahun, Pelajar Uni Mohon Yuran Univerisiti Dikurangkan

Uni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.