in

Uber Bakal Tamat Perkhidmatan Bulan April. Ini Kod Promo Terakhir Korang Boleh Gunakan!

Uber App
BENGALURU, INDIA - OCTOBER 01: UBER cabs booking using mobile app on October 01 2015 in Bengaluru, India. (Photo by Hemant Mishra/Mint via Getty Images)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan Uber memang banyak membantu sejak dilancarkan kerana mudah, selamat dan jimat. Kedua-dua perkhidmatan ni memang bersaing antara satu lain dalam menambat hati pelanggan.

Tapi sedih, sebab Uber dah pun sahkan yang mereka akan tamatkan perkhidmatan mereka pada 8 April 2018. Kenapa? Sebab Grab dah pun beli syarikat Uber Technologies Inc bagi seluruh rantau Asia Tenggara.


Uber1
sumber: uber malaysia

Menurut Berita Harian, nak kurangkan masalah masa perubahan ni, Grab dan Uber akan work together nak pindahkan pemandu dan penumpang Uber, pelanggan UberEats, rakan perniagaan dan penghantaran ke platform Grab.

Uber3
gambar hiasan

So, kiranya app Uber ni still akan beroperasi selama dua minggu untuk nak pastikan kestabilan pemandu Uber yang nak transfer ke Grab. UberEats pulak akan beroperasi sampai akhir Mei di mana lepas ni rakan restoran dan penghantarannya pun akan pindah ke GrabFood.

Uber4
gambar hiasan

Memandangkan dorang dah nak tamatkan Uber ni, so, syarikat ni tengah buat promo yang valid dari 26 Mac 2018 hingga 1 April 2018. UberEATS pun ada buat promo. Ni details dia, korang boleh guna kod promo ni masa guna servis dorang.

  • GERAKLU – RM3 off x 15 UBER rides
  • OUTNABOUT – RM3 off x 15 UBER rides
  • TIME2GO – RM4 off x 15 UBER rides
  • GETAROUND – RM2 off x 15 UBER rides
  • APMY1SC – RM8 off x 10 UBER rides
  • MYMRC1A – RM8 off x 10 UBER rides
  • MYMRC4B – RM8 off x 10 UBER rides
  • BYEBYE
  • GOODBYEMSIA

UberEATS pun buat promo penghantaran percuma menggunakan kod ni: eats-imranb1626ue.

Lepas ni dah tak susah nak decide nak Uber atau Grab…

Baca: Pemandu Grab Baik Hati Tolak Bayaran Dan Beri Wang Kepada Penumpang Dalam Kesusahan

Uber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.