in

UAE Dilanda Ribut Badai, Tular Rakaman Airport Dubai Seperti ‘Lautan’

Dubai Banjir Macam Laut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan di Malaysia je hujan lebat tak henti-henti dari semalam hingga mengakibatkan banjir di beberapa tempat malam tadi, rupanya ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dubai juga telah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat awal hari ini.


Beberapa negeri di negara Teluk itu juga mencatatkan kadar hujan hampir setahun dalam sehari.

Artikel berkaitan: “Kasih ayah” – Bapa Sanggup Redah Banjir Di Kota Tinggi Demi Kelengkapan SPM Anak

Artikel berkaitan: Tidak Mahu Dibawa Arus Banjir, Isteri Tarik Mayat Suami Sendirian Sejauh 100 Meter

Airport Dubai banjir? 

Awal pagi ini juga, tular beberapa video memaparkan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dilanda banjir kilat teruk sehingga kelihatan seperti lautan.

Lapangan terbang tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan masuk yang tiba semalam sudah dilencongkan ‘disebabkan cuaca luar biasa sedang dialami di UAE’.

Bagaimanapun, operasi di bahagian pelepasan masih diteruskan dan penerbangan kemudian diteruskan semula selepas gangguan kira-kira dua jam.

Dalam pada itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan UAE juga mengeluarkan amaran cuaca untuk sebahagian besar negara, termasuk di Abu Dhabi, Dubai dan Sharjah.

Situasi cuaca buruk itu juga telah tular di X yang mana kelihatan jalan-jalan utama, hotel serta mall di Dubai penuh dengan air banjir.

Kebelakangan ini, Wilayah Teluk yang terkenal dengan cuaca panas dan kering ini telah dilanda hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir.

 

Menurut pengguna media sosial, ribut berkenaan adalah yang terburuk pernah melanda Dubai dalam tempoh 30 tahun.

Kita doakan yang baik-baik saja buat mereka di sana. Kat sini pun dari semalam tak henti-henti hujan ni. 

Sumber: BH, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.