in

Tutorial Mudah ‘Withdraw’ Duit Akaun 2 KWSP Untuk Bantuan Covid-19

Kwsp2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Perdana Mneteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia dibenarkan mengeluarkan wang simpanan dari akaun 2 KWSP kepada pekerja dibawah umur 55 tahun.


Jumlah maksimum kadar pengeluaran sebanyak RM 500 untuk sebulan itu boleh dilakukan dalam tempoh 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.

Jadi, sebagai langkah persediaan awal, disini merupakan tutorial bagaimana nak withdraw duit bantuan dari akaun 2 KWSP tersebut.

 

 Aktifkan i-Akaun KWSP

Siapa yang dah ada boleh skip part ni. Tapi, siapa yang belum ada, kena pergi kaunter KWSP yang berhampiran untuk daftarkan i-akaun ini.

Sedikit info,antara kemudahan i-akaun ini membolehkan kita semak penyata KWSP melalui online dan tak perlu ke kaunter lagi dah. Malah kita pun boleh membuat pengeluaran melalui akaun 2 disini.

Caranya mudah sahaja:

  • Pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk i -Akaun anda.

  • Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada bahagian “Saya Ahli (i-Akaun)” dan tekan butang “Log Masuk”.

  • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun. Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS.

  • Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju”.

  • Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan Kata Laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda. Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.

  • Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

  •  Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.

Kita sedia maklum bahawa kaunter KWSP sedang ditutup berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, bagaimanapun tunggu bila pejabat di buka nanti boleh kita lakukan. Boleh hubungi KWSP, mereka untuk sebarang bantuan.

 

Rujukan : Panduan daftar keluarkan wang KWSP daripada akaun 2 secara online.

Rasanya ramai dah tahu bahawa kita boleh keluarkan duit Akaun 2 KWSP ini atas tujuan tertentu, iaitu:

  • Kesihatan
  • Beli/Bina Rumah
  • Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Pendidikan
  • Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Jika Simpanan Melebihi RM 1 Juta

Jadi, jika dah berjaya login ke dalam i-Akaun, boleh ke bahagian withdrawal untuk keluarkan duit jika tujuan korang untuk bayar komitmen seperti di atas ini.

Pengeluaran

 

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Bantuan COVID-19 (i-Lestari)

Ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

“Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu. Sebagai sebuah institusi dana persaraan, KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini. ” – Alizakri Alias, Ketua Pegawai KWSP.

Ada beberapa cara untuk melakukan permohonan i-Lestari ini iaitu boleh email kepada  kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik) atau secara pos di alamat:

Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)

Bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk membuat pendaftaran secara online bagi mengelakkan anda ke pejabat KWSP bagi urusan pengeluaran.

Whatsapp Image 2020 03 23 At 10.05.44 Pm

Untuk maklumat lanjut, boleh layari  Laman Web Rasmi KWSP berkenaan dengan hal ini.

 

Baca : TERKINI: Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Dari Akaun 2 Mulai 1 April 2020

Kwsp 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.