in

TERKINI: Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Dari Akaun 2 Mulai 1 April 2020

Kwsp Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan sidang media khas memberikan taklimat tentang mengenai situasi terkini kewangan negara termasuk penurunan mendadak harga minyak mentah dunia serta penularan COVID-19 yang memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan kedudukan semasa kewangan negara.


Mesyuarat bersama Majlis Tindakan Ekonomi telah memutuskan beberapa inisiatif utama di mana ianya diharapkan dapat membantu meringankan sedikit beban rakyat dalam waktu sukar ini. Inisiatif pertama yang diputuskan adalah:

Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion.

Kwsp1

Seramai 12 juta ahli KWSP dijangka dapat manfaat daripada inisiatif berikut:

  • Semua ahli KWSP berusia di bawah 55 tahun boleh mengeluarkan wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing.
  • Tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan
  • Pengeluaran dibenarkan untuk tempoh selama 12 bulan bermula 1 April 2020.

Beliau juga berkata, pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% dan inisiatif ini yang berkuatkuasa April 2020 dapat memberikan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing.

Selain itu, TS Muhyiddin Yassin turut menasihati agar wang ini digunakan untuk membeli barangan keperluan harian dengan berjimat cermat.

Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.”

Kwsp4

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak telah menggesa KWSP agar memudahkan pencarum untuk mengeluarkan sebahagian wang mereka untuk menghadapi kesusahan akibat Covid-19 ini.

KWSP patut menimbangkan langkah memberi kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada baki akaun 2 simpanan mereka pada masa yang amat susah sekarang.”

Alhamdulillah. Mari kita gunakan wang itu sebaik mungkin dan berjimat cermat. Ingat, bila beli barang jangan tamak dan tinggal untuk orang lain juga.

Baca: “Tula korang degil sangat kan!” – Pasukan Tentera Akan Mula Bertugas Ahad Ini, Bantu Polis Kawal Pergerakan Rakyat

Tentera Covid 19

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.