Sejak berita pertunangan Intan Najuwa tular di media Ogos lalu, tindak tanduk pelakon ini sering diperhatikan netizen. So, setiap kali gambar mesranya bersama pelakon gandingan di-upload mesti ada ramai yang kecam.
Macam sebelum ni, semasa drama Tuan Danial sedang ditayangkan, Intan ada memuat naik gambar dia diangkat oleh Idris Khan. Netizen merasakan yang gambar tersebut sangat tak sesuai diletakkan di media sosial.
“Tunang hang tak marah ka?”
Baru-baru ni, Intan Najuwa telah memuat naik gambar “mesra” bersama Zul Ariffin di atas kapal untuk drama baru yang bakal ditayangkan, sekali lagi gambarnya ini menarik perhatian netizen.
Dikatakan, gambar ini diambil di Langkawi semasa dua pelakon ini sedang menjalani penggambaran di Langkawi. Namun, tangan Zul yang diletakkan di atas paha Intan ini telah menjadi buah mulut netizen.
Rata-ratanya netizen banyak persoalkan yang Intan tak menjaga perasaan tunangnya sendiri kerana “selamba” je upload gambar mesra-mesra dengan lelaki lain.
“Keluarga dan tunang saya okay”
Menerusi temubual bersama mStar, Intan memberitahu yang dia tak terkesan dengan kecaman netizen yang rata-ratanya hanya nak melaga-lagakan hubungan dia dan tunangnya.
“Saya tahu kerja saya macam mana, di sebalik penggambaran macam mana. Kami hanya memainkan watak masing-masing.”
Saya bukan nak cakap saya boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon lelaki. Saya tahu limit saya macam mana. We still have the limit, we have the border.”
“Semua yang saya lakukan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Keluarga dan tunang saya okay.”
Yang jadi masalah sekarang ni hanyalah komen-komen netizen yang cuba laga-lagakan hubungan saya dan tunang.”
Betullah tu, mestilah dia dah tanya tunang dia dulu. Lagi pun dia buat untuk promosi je gais…