in

“Tun M pun pakai oksigen” – Netizen Sebak Lihat Air Muka Tun Mahathir Semasa Meninggalkan IJN

Ft Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali diratapi oleh seluruh rakyat Malaysia, ramai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti kerabat, ahli politik, golongan artis dan netizen menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga Allahyarhamah. Al fatihah.

Hati netizen jadi bertambah sebak apabila mereka melihat kelibat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu meninggalkan Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur tadi.


Artikel berkaitan : Tun Dr Siti Hasmah Dikebumikan Dengan Istiadat Pembesar Negara – PM Anwar Ibrahim

Artikel berkaitan :  [TERKINI] Al-Fatihah, Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Di IJN

Sedih tengok Tun M, tengah pakai oksigen tu

Di Threads, dapat dilihat jenazah Tun Dr Hasmah diiringi oleh anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum dibawa masuk ke dalam van jenazah.

Lebih sedih lagi, rakaman turut menunjukkan Tun Mahathir Mohamad memakai oksigen dalam sebuah kenderaan sebelum meninggalkan IJN dan ia telah meruntun hati netizen.

 

View on Threads

 

Melihat keadaan beliau, ramai yang turut rasa sedih mengenangkan nasib beliau melihat kehilangan orang tercinta selepas 70 tahun bersama dan menurut netizen ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Tun M Tun M 2 Tun M 3 Tun M 4 Tun M 5

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini dan meninggalkan tujuh anak.

Sumber : Threads, RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.