in

[TERKINI] Al-Fatihah, Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Di IJN

Syaz Ft 2026 09 28T102729.647

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tokoh wanita tanah air dan isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dilaporkan telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Berita duka tersebut disahkan oleh anak Allahyarhamah, Tan Sri Mokhzani Mahathir.


Artikel berkaitan: Dari Penuntut Perubatan Ke 70 Tahun Perkahwinan, Ini Kisah Cinta Abadi Tun M & Tun Hasmah

Artikel berkaitan: “70 tahun bersama” –  Tun Mahathir & Tun Hasmah Diiktiraf Pasangan Pertama Bekas Ketua Kerajaan Masih Hidup Di Asia

Difahamkan, Allahyarhamah Dr Siti Hasmah yang dilahirkan pada 12 Julai 1926 dan genap berusia 100 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi.

Dilahirkan di Klang, Selangor, Allahyarhamah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini yang banyak berbakti dalam bidang perkhidmatan kesihatan awam dan luar bandar, selain memegang peranan penting sebagai Wanita Pertama Malaysia ketika pentadbiran suaminya.

Salam takziah diucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.