in

Tular Vie Shantie Bercuti di Janda Baik, Polis Nafi Tak Perlu Surat Untuk Rentas Negeri

Vie Shanti Pergi Janda Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Instagram yang memaparkan selebriti media sosial yang juga bekas isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan dilihat bercuti ke Janda Baik, Pahang.


Menerusi posting tersebut, Vie telah berkongsi pengalaman percutiannya bersama keluarga di sana sambil memberitahu lokasi yang dikunjunginya masih berada dalam sempadan Selangor dan tidak memerlukan sebarang surat kebenaran untuk ke sana.

Dalam pada itu, dia juga sempat menasihati orang ramai untuk terus mengikuti SOP dan lengkapkan dua dos vaksin COVID 19 .

Tak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor.

“Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya. Yang penting ke mana pun kita pergi tetap harus menjaga jarak dan lengkap dua dos vaksin ok?” tulisnya.

Walau bagaimanapun, posting tersebut telah mengundang persoalan daripada netizen yang mana berpendapat Janda Baik bukanlah salah sebuah daerah di Selangor dan ia jelas-jelas berada di Pahang.

 

Polis nafi tak perlu surat untuk rentas negeri 

Isu tersebut kemudian telah mendapat perhatian pihak polis yang menafikan kenyataan mengelirukan Vie Shantie yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik.

Menurut Kosmo, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, Janda Baik terletak di dalam negeri Pahang dan orang ramai perlu dapatkan surat rentas negeri terlebih dahulu untuk ke sana.

41607180705 Suptzaihammohdkah

Kalau berdasarkan kenyataan dia (Vie Shantie) memang salah untuk tujuan riadah tidak boleh daripada negeri Selangor dan kita masih mengguna pakai peraturan rentas negeri seperti sebelum ini.

“Saya akan semak dan siasat dahulu sebelum tindakan susulan dapat dibuat,” katanya.

Pihak polis kini akan melakukan semakan terperinci terlebih dahulu termasuklah tujuan merentas negeri dan juga lokasi yang terlibat sebelum tindakan susulan dibuat.

Menurut Zaiham, PDRM sentiasa memastikan segala undang-undang yang ditetapkan termasuk SOP sentiasa dipatuhi orang ramai.

Sama-sama kita tunggu siasatan polis ya.

Baca: Warga Asing Jual Borang Rentas Negeri Bernilai RM 30 Sehelai

Polis

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.