in

Gara-gara Terlalu ‘Function’, Ahli Politik Pula Minta Bantuan Anthony Loke Isu RFID

Tol Rfid Anthony Loke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui sikap efisien Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam menyelesaikan masalah berkaitan sistem pengangkutan negara dari LRT, KTM hinggalah ke pengangkutan udara.


Disebabkan terlalu ‘function’ dalam melakukan tugasnya, ahli politik seperti Abdul Rahman Dahlan baru-baru ini telah memuat naik tweet meminta bantuan Loke berkaitan isu RFID.

“MyRFID sangat mengecewakan!”

Menerusi tweet tersebut, Abdul Rahman meluahkan rasa kecewanya dengan sistem MyRFID yang tidak efisien hingga menyebabkan trafik perlahan ketika melalui tol.

Oleh itu, beliau berharap Loke dapat melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini.

MyRFID sangat mengecewakan! Ia sepatutnya buat trafik lancar, namun tahap efisiennya yang buruk itu menyebabkan anda takut untuk melalui lorong tersebut. 

“Rakyat Malaysia mungkin bertahan dengan situasi ini untuk beberapa bulan sebagai proses percubaan. Tapi ini sudah keterlaluan! Pls bro Anthony Loke,” tulisnya.

“Bukan di bawah MOT tapi saya akan berbincang dengan Alexander..” 

Tweet berkenaan mendapat balasan Loke yang kemudian menjelaskan bahawa masalah tersebut bukan di bawah Kementerian Pengangkutan sebaliknya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertanggungjawab akan hal itu.

Namun beliau juga katanya akan membincangkan hal berkenaan dengan Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkaitan isu RFID.

Tweet ini kemudian tular di media sosial dan rata-rata netizen kagum dengan sikap Loke yang sentiasa aktif dalam menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan aktiviti seharian rakyat.

Terbaik Anthony Loke! Semoga terus sukses! 

Baca: ‘Sticker’ Cukai Jalan Senang Terkoyak, Anthony Loke Akan Buat Perubahan Dalam Tahun Ini

Loke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.