Semalam, pakatan Gerakan Tanah Air (GTA) telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang nanti.
Kalau korang perasan, antara calon-calon yang dinamakan ini, ada nama yang kita biasanya tak nampak dalam dunia politik.
Antara nama-nama tersebut adalah pelakon dan pengarah Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ahmad Idham beserta pelakon dan aktivis Lando Zawawi.
Untuk pengetahuan korang, Ahmad Idham bakal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson dan Eizlan akan merebut kerusi di Parlimen Sabak Bernam.
Menerusi temubual, Eizlan mengatakan yang dia tidak meletakkan harapan untuk dicalonkan walaupun memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Pejuang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lapor Media Hiburan.
Dia turut mengakui pencalonan ini merupakan tanggungjawab besar yang harus dipikul demi bangsa dan negara.
Saya harap pembabitan saya di dalam politik memberi manfaat kepada semua, terutama Parlimen Sabak Bernam yang saya wakili.”
Manakala pelakon Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando pula telah dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Tanjung Karang.
Macam yang korang tahu, Lando sebelum ini dah pun aktif sebagai aktivis dengan melakukan kerja-kerja membaik pulih jalan-jalan berlubang di sekitar Lembah Klang bagi memastikan keselamatan penunggang motosikal dan pemandu kereta.
Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, beliau membuat pemilihan ini kerana percaya yang ketiga-tiga selebriti ini mempunyai integriti, pengalaman dan layak mewakili rakyat.
GTA adalah gerakan Melayu yang sayangkan negara dan mahu melihat dibangun pesat, maju dan rakyat mendapat nikmat sama rata. Kalau rakyat diberi peluang kepada GTA, banyak nikmat yang boleh diperolehi.”
Wow banyak betul muka-muka baru pilihan raya kali ni ya…
Baca: “Semoga kutukan bertukar jadi pahala” – PRU15: Ustaz Kazim Tarik Diri Bertanding Parlimen Larut