in

Tular Video Rusuhan Warga Nepal Dipukul Oleh Orang Malaysia Hanya Kerana Penghawa Dingin

Featured Samseng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Tular Video Rusuhan Warga Nepal Dipukul Oleh Orang Malaysia Hanya Kerana Penghawa Dingin
Loading
/

Lagi kisah pukul yang berlaku di negara kita, tetapi melibatkan warga luar. Tular satu rakaman video di media sosial di mana dua orang pekerja warga asing dipukul oleh pemandu bas yang didakwa bersikap kurang ajar. Yeke?

Kejadian ini berlaku di Paya Terubong, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini. Menurut video yang telah dimuat naik di akaun Facebook, dapat dilihat di mana pemandu bas kilang Plexus telah memukul dua pekerja warga Nepal setelah mereka meminta pemandu bas berkenaan untuk menghidupkan penghawa dingin memandangkan pemandu itu merokok dalam bas. Ishhhhh!


Samseng 1 E1509868009786

Merumitkan lagi keadaan apabila pemandu bas tersebut menghubungi rakannya seolah-olah mengajak untuk menurut serta dalam kes ini. Ish bawa geng pulak dah!

Difahamkan, perkhidmatan bas pekerja itu dibayar oleh para pekerja, bukannya dibayar oleh pihak pengurusan atau majikan berkenaan.

“Sekali lagi wa hentam sama lu tau! Hang jangan main-main! Ini Malaysia tau! Wa boleh bunuh lu tau! Jangan main-main aa! Jangan kurang ajar!”

Samseng 3 E1509868129442

Berdasarkan video itu lagi, lelaki berbaju biru memarahi pekerja warga asing tersebut dengan memberi amaran agar jangan bermain-main dengannya, lebih-lebih lagi bila berada di Malaysia kerana dia boleh membunuh pekerja berkenaan. Ish suka hati je!

“Seekor lagi mana lu punya kawan? Hang punya kawan mana? Lu jangan main-main sini aa! Sekarang tak puas hati, pukui! Lu cakap baik-baik! Puki”ak la cakap baik-baik,” kata lelaki berkenaan sebelum membelasah seorang lagi pekerja warga asing dengan helmet.

Ketika kejadian, ramai pekerja warga asing yang hanya mampu melihat sahaja kerana tidak berani untuk masuk campur. Namun kedengaran suara lelaki meminta pengurus pekerja dipanggil untuk meredakan keadaan.

“Pakcik janganlah macam itu, janganlah main hakim sendiri. Mana boleh macam itu,” rayu perakam.

Difahamkan, hingga sekarang tiada tindakan yang diambil walaupun pekerja kilang tersebut telah membuat laporan kepada pihak polis Paya Terubong. Kilang Plexus itu juga tidak menghiraukan hal ini. Kesianyaaaa!

Kita ni sama je, tak kira warganegara atau orang luar. Sikap yang membezakan. Harap kita semua dapat jaga nama baik negara dan tak ada lagi kisah seperti ini berlaku..

Baca: Pemandu Teksi Melampau Caj Penumpang RM160 Untuk Perjalanan Tidak Lebih 10 Kilometer!

Ttt 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.