Tular Video 4 Lelaki Dipercayai Polis Serbu & Pecahkan CCTV Rumah, PDRM Jalankan Siasatan

Tambah ke Sumber Pilihan
Tular Video 4 Lelaki Dipercayai Polis Serbu & Pecahkan CCTV Rumah, PDRM Jalankan Siasatan

Satu klip rakaman CCTV tular di platform media sosial X memperlihatkan beberapa individu yang didakwa anggota polis membuat serbuan di sebuah rumah. Perkara ini telah mengundang kemarahan netizen.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan video dan kenyataan yang asalnya tular di Facebook itu pada jam 1 petang semalam sebelum ia dipadamkan.


Artikel berkaitan : Suami Lapor Polis Isteri Hilang, Rupanya Ditemui Maut Dengan Kekasih Gelap Dalam Kereta

Artikel berkaitan : Enggan Ceraikan Isteri, Bapa Ugut Nak B*kar Anak Ditahan Polis

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, PDRM telah mengesahkan bahawa serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 10 Oktober 2024 semasa melakukan Ops Tapis di kawasan Damansara.

480320161 1077131354457834 8921988911547060384 N 1Sumber: Facebook PDRM

Berdasarkan video itu, keempat-empat pegawai tersebut bertindak ‘menceroboh’ selepas pemilik rumah dikatakan enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka menggunakan kekerasan di pintu depan dan memusnahkan kamera CCTV.

Dalam satu kenyataan tangkap layar daripada pemilik asal, dia menyatakan bahawa keempat-empat individu itu gagal mengemukakan waran ketika diminta olehnya dan mendedahkan bahawa kesemua pegawai berkenaan didakwa meminta bayaran peras ugut RM12,000 daripadanya secara tunai.

Berikutan itu, Shahrulnizam mengatakan bahawa siasatan telah dibuka dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam kejadian ini.

Sumber : Facebook, X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tular Video 4 Lelaki Dipercayai Polis Serbu & Pecahkan CCTV Rumah, PDRM Jalankan Siasatan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tular-video-4-lelaki-dipercayai-polis-serbu-pecahkan-cctv-rumah-pdrm-jalankan-siasatan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM