in

Tular Isu Lawak Lucah, Pandalela Rinong Turut Kongsi Pengalaman Pahit Bersama Bekas Jurulatih

Page 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan isu jenaka lucah dari beberapa orang selebriti tempatan melalui sebuah klip rancangan bual bicara yang awalnya ditayangkan di kaca televisyen.


Selepas isu ini mula tular, masyarakat nampaknya lebih peka berkenaan lawak lucah yang hingga kini masih lagi dijadikan norma. Meskipun selebriti yang dibabitkan itu telah membuat permohonan maaf, isu ini dilihat masih lagi menjadi buah mulut orang ramai, termasuklah rakan-rakan artis mereka.

Kini, giliran ratu terjun negara, Dato’ Pandalela Rinong pula ‘menumpahkan teh’ dengan berkongsikan pengalaman pahitnya berurusan dengan bekas jurulatih yang dikatakan suka membuat jenaka lucah.

Menurut kenyataan beliau di Twitter, beliau hanya mampu berdiam diri atau berpura-pura untuk ikut ketawa apabila jurulatihnya itu membuat jenaka yang tidak bermoral itu.

Selama tempoh 7 tahun dilatih, ada juga masa beliau tidak lagi boleh bersabar dan cuba menegur jurulatihnya berkenaan isu ini. Namun, beliau dikatakan dibuli semula oleh jurulatih tersebut.

DIfahamkan lelaki tersebut merupakan ketua jurulatih mereka sendiri, dan ini menyebabkan mereka tidak boleh mengambil tindakan lebih lanjut berkenaan isu ini.

Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri.”

Dato’ Pandalela turut memberi penekanan terhadap peri pentingnya seorang ketua yang boleh membezakan baik buruk sesebuah perkara. Beliau menegaskan seorang ketua tidak patut mengendahkan perkara-perkara negatif yang berlaku di sekelilingnya

Small voices still matter if we are united.” – Dato Pandalela Rinong

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan menyatakan mereka bertuah kerana dilindungi oleh persatuan sukan yang ambil peduli, memberi petunjuk bahawa ada pengakhiran yang baik dari isu yang dihadapinya.

Turut menyokong kenyataan Dato’ Pandalela ialah Menteri Kesihatan Malaysia, YAB Khairy Jamaluddin. Beliau menegaskan keputusan yang betul telah dibuat berkenaan sukan selam di Malaysia beberapa tahun lepas.

Macam-macam dunia ni, kan? Sampai bilalah agaknya lawak-lawak macam ni dipandang normal di Malaysia?

BACA: Fauzi Nawawi Akui Terlepas Cakap Dalam Program TV, Minta Maaf Pada Raja Farah Dan Suami

Xx 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.