in

Fauzi Nawawi Akui Terlepas Cakap Dalam Program TV, Minta Maaf Pada Raja Farah & Suami

Collage 35

Walaupun siaran program tv ini dikatakan telah lama ditayangkan, namun hanya baru-baru ini sahaja secebis dari rakaman tersebut tular di media sosial.

Dan sejak malam tadi, Instagram pelakon Fauzi Nawawi telah diserang oleh netizen yang rata-ratanya tak suka dengan tindakannya memalukan Raja Farah dalam program tersebut sehingga pelakon ini terpaksa menutup ruangan komennya.

Ekoran insiden ini telah pun tular di Twitter, Fauzi Nawawi akhirnya buka mulut dan meminta maaf kepada Raja Farah, suami dan keluarga melalui Instagram.

Screenshot 2021 10 20 At 11.39.43 Am

Menurut Fauzi, dia agak lambat memuat naik permohonan maafnya ini kerana dia sedang menjalani pengambaran dan tak sedar isu apa yang sedang tular sehingga dirinya dimaki oleh netizen.

Video ini mungkin agak lambat saya muat naik kerana saya baru balik dari ‘shooting’, saya kerja. Kebetulan tengah ‘shooting’ babak berat, jadi saya lupakan dan tutup semua telefon sebab tak nak mengganggu fikiran saya.

Saya pun tak tahu apa perkara sebenarnya yang netizen marah sangat pada saya sampai sanggup maki, hantar mesej yang bukan-bukan di DM, Twitter semua maki, b***, c*laka. Alhamdulillah saya terima dengan lapang dada. Saya terima dengan tenang walaupun kusut juga memikirkan.”

Menjelaskan mengenai rakaman program TV yang tular itu, Fauzi akui yang dirinya terlepas cakap ketika rakaman tersebut dibuat dan telah pun meminta pihak penerbit dan produksi untuk memotong bahagian yang sensitif.

553 8

Sebab kami bersembang antara lelaki. Memang salah saya bila bersembang tak kawal cakap, terlepas cakap dan terlepas nama Raja Farah. Sebenarnya mereka tanya pengalaman watak yang saya pernah pegang. Kalau diceritakan watak 13,14 tahun dulu, watak begitulah.

“Perompak, penjahat, perogol itulah watak yang sinonim dengan saya. Jadi bila dah terlepas cakap, habis rakaman saya tersedar yang bahawa ada benda yang patut dipotong, yang disensorkan supaya tak ditayangkan.”

Disebabkan ini, Fauzi telah pun memohon maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan suaminya serta mengaku dia jahil dan perlu memperbaiki dirinya.

Tapi apapun saya mengaku memang salah saya, saya jahil, memang saya tak baik tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik. Kepada yang amat sensitif yang terkesan dengan video ini, sudah tentu suami kepada suami Raja Farah, saya mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. 

“Memang saya tiada niat langsung memalukan. Pada Raja Farah sendiri dan juga keluarga, saya minta maaf dan saya tak mahu lagi perkara ini dipanjangkan.”

Selain itu, pelakon ini juga turut memaafkan semua netizen yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada dirinya serta keluarganya di atas isu ini.

Harapnya perkara ini tak diulangi dan disokong oleh mana-mana individu mahu pun program TV mana-mana lagi selepas ini.

 

Baca: “Kita berlapang dada” – Netizen ‘Respect’ Reaksi Tenang Suami Raja Farah Berhubung Video Viral

Collage 34