in

“Tuanku tak kenal, saya pernah jadi chairman besar-besar”

Page Ismail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh bila sembilan ADUN BN Perlis tidak hadir ke istiadat mengangkat sumpah pelantikan menteri besar di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Baginda bertitah tidak melantik Datuk Ismail Kassim kerana bimbang pentadbiran kerajaan menjadi boneka.


Raja Perlis
sumber: blog

Namun, hal ini dinafikan oleh Ismail sendiri yang juga merupakan adik kepada Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim. Menurut Malaysiakini, ADUN Tambung Tuang itu berkata Raja Perlis tidak benar-benar mengenali dirinya kerana beliau pernah menjadi pengerusi di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Tuanku tak kenal saya, saya pernah jadi chairman besar-besar, saya bukan jadi pegawai tadbir diplomatik, tapi chairman suruhanjaya. Suruhanjaya besar ini di bawah Agong.”

Ismail
sumber: malaysiakini

Ujarnya lagi, beliau merupakan satu-satunya chairman yang mendapat kuasa eksekutif daripada PM pada masa itu.

“Saya dapat kuasa eksekutif maknanya saya tak pernah refer perdana menteri atas setiap keputusan yang saya ambil dan buat.”

Tak cukup dengan itu, beliau turut berkata perlantikannya sebagai pengerusi SPAN dari November 2011 hingga Disember 2016 bermakna karisma dan kredibilitinya dipercayai pada masa itu.

Sebelum ini, abangnya telah menamakan beliau sebagai calon MB baru dan Ismail berkata tidak timbul isu boneka kerana beliau dah pun menarik diri daripada menjadi calon menteri besar BN.

“Tuanku kaitkan saya tentang kerahsiaan dan boneka, saya dah tarik diri dah. Tak timbul soal boneka.. tak timbul Datuk Seri Shahidan Kassim nak bagi kat adik dia tak timbul dah, adik bongsu ke, adik sulung ke tak timbul, tak timbul bawah ketiak (abang).”

Shahidan
sumber: berita harian

Sementara itu, kini jawatan sebagai MB Perlis telah diberikan kepada Datuk Seri Azlan Man yang telah pun mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis semalam.

Amboi, marah betul.

Baca: “Saya bukan pembelot” – Bekas Ketua SPRM

Ceo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.