“Tu highway kan?” – Kemalangan Libatkan Motosikal dan ‘Entiti Misteri’ Jadi Buah Mulut Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seperti yang semua sedia maklum, lebuhraya atau pun highway adalah satu jalan yang lurus dan hanya ada simpang yang khas menghubungkannya ke luar dari situ. Memang tak logik lah tengah highway ada simpang kan.

Ada ni haa admin nak share satu kejadian yang pelik tapi benar. Dipetik daripada Twitter @fiqspoks, satu kejadian aneh dirakamkan apabila sebuah motosikal entah dari mana datangnya melanggar sebuah lagi motosikal yang sedang laju. Cuba korang tengok video kat bawah ni dan cuba bincangkan logik disebalik kejadian ini.

 

Datang dari mana?

Rata-rata netizen mempersoalkan kejadian ini bukan sebab nampak tipu, tapi kewujudan dan kemunculan motosikal tu dari mana. Kalau nak u-turn dekat situ pun takde lah relaks sangat macam naik moto kat kampung kan. Confuse dibuatnya

Uish tak jumpa ni lagi pelik jadinya. At least ada rangka moto tu pun okay lah gak. Tapi bab bawa pocong tu macam pelik je. Kau jangan main-main dik.

Ni logik. Laju macam mana pun mesti nampak benda dekat depan walaupun samar-samar. Ni tiba-tiba muncul memang tak sempat nak bertindak lah. Kalau dari tepi pun mesti kena langgar dengan Alza biru tu gak kan? Bertambah pening dibuatnya

Jap jap. Admin baru perasan dia tak pakai helmet. Admin bagi peluang korang fikir pulak lah. Apa-apa pun harap semua yang terlibat dengan kemalangan ni selamat lah ye.

 

Baca: “Masa tu tengah malam & tak ada orang lalu lalang” – Wanita Kongsi Gambar Lembaga Misteri Masa Tengah Lepak Dengan Kawan

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.