in

“Masa tu tengah malam & tak ada orang lalu lalang” – Wanita Kongsi Gambar Lembaga Misteri Masa Tengah Lepak Dengan Kawan

Feature Image Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Lepastu, rasa nak bergambar ramai-ramai and bila tengok gambar tu balik ada jembalang yang menempel masuk dalam gambar tu juga.


Baru-baru ni, seorang wanita dari Thailand telah berkongsi sekeping gambar iaitu dirinya sendiri dan ada entiti lain dalam gambar tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Prattana Namtan telah berkongsi gambar tersebut di laman Facebook miliknya dan ia mendapat perhatian netizen.

https://www.facebook.com/100009784276425/posts/1017701615232638/

Kot-kot korang tak nampak lah, admin tolong zoom kan.

Hantus
Sumber: facebook

Kejadian berlaku semasa wanita ini sedang melepak bersama-sama rakannya dekat sebuah gerai makan di tepi jalan.

Dia pada ketika itu meminta kawannya untuk mengambil gambar dan dia juga yakin, semasa gambar itu di ambil tiada orang lain yang sedang lalu-lalang dekat kawasan itu. Jadi sapa yang dekat belakang tu?

Selepas kejadian tersebut, dia terus berfikir siapakan individu yang berada di belakangnya sebentar tadi sehingga dia tidak tidur sampai ke pagi.

Disebabkan gambar tersebut yang telah viral, wanita tersebut telah ditemu ramah oleh pihak media mengenai gambar dia dan lembaga misteri tersebut.

78656289 1018646408471492 2966715605643689984 N
Sumber: facebook

“Ada yang bagi komen postif dan juga negatif, tapi saya dah jawab semuanya semasa ditemu ramah oleh wartawan”

Tambahnya, dia telah menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya oleh netizen semasa interview oleh pihak media tersebut.

Hah korang dah tengok ke belum gambarnya? Korang rasa jembalang ke bukan? Kalau dah melepak malam-malam tu jangan lah nak bergambar sangat, takut ada benda lain nak bergambar sama.

 

Baca: “Biar betul?!” – ‘Hantu T*tek’ Pulangkan Anak Wanita Ini Lepas Dia Telanjang Tengah Kebun Sambil Menonggeng

Hantu Koepk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.