Trending No. 1 Di Twitter, Ramai Teruja BIGBANG Nak Comeback!

Tambah ke Sumber Pilihan
Trending No. 1 Di Twitter, Ramai Teruja BIGBANG Nak Comeback!

BANG~ BANG~ BANG!

Min yakin dan percaya peminat-peminat K-Pop mesti dah sedia maklum bahawa kumpulan idol terkenal iaitu BIGBANG dikatakan akan buat comeback mereka berempat selepas enam tahun pada musim bunga ini!


Menurut Soompi, agensi kumpulan pujaan ramai itu, YG Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi berikutan berita itu dengan menyatakan bahawa keempat-empat ahlinya iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan juga Daesung telahpun menyelesaikan proses rakaman lagu terbaru mereka.

Bigbang 1Sumber: Soompi

Tambah wakil dari YG Entertaiment turut mengatakan bahawa kesemua mereka sedang bersiap sedia untuk memulakan penggambaran bagi video muzik mereka. Wah, tak shabarnyaaa!

Berita gembira itu telah menyebabkan perkataan BIGBANG trending nombor 1 di Twitter. Rata-rata peminat meluahkan keterujaan mereka kerana telah lama menantikan kemunculan kumpulan itu siap ada yang kata tak sabar nak countdown lagi!

Bigbang FullSumber: Twitter

T.O.P Sah Keluar Dari Agensi

Walau bagaimanapun, bukan itu saja berita tergempar yang disampaikan oleh YG Entertainment. Dalam masa yang sama, berita gembira itu diselitkan juga dengan berita mengenai ahli tertua dari BIGBANG iaitu T.O.P yang secara rasminya telah menamatkan kontraknya bersama agensi.

“T.O.P akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang artis (pelukis) dan juga usahawan” – YG Entertainment

Tapi, korang jangan sedih sangat pulak! Tambah YG lagi, mereka menyatakan bahawa T.O.P masih lagi akan meneruskan aktivitinya bersama dengan BIGBANG walaupun tidak lagi bersama dengan ahli lain di bawah agensi yang sama.

Top 1Sumber: Twitter

BIGBANG yang debut pada 19 Ogos 2006 dan tahun ini menjadikan tahun ke-16 mereka sebagai satu kumpulan. Kali terakhir mereka membuat comeback dengan album penuh adalah pada tahun 2016 yang lalu.

Fuh, min dah tak sabar ni! Agak-agak genre macam mana pulak kalini? Legend nak comeback, tak sabar nak dengar vocal and rap line diorang!

Baca: Tukar Gambar Profil Facebook Lepas 8 Tahun, Big Bang Nak Buat ‘Comeback’?

Untitled 3

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Siti Aina
Lagi tulisan Siti
Hai! nama penuh Siti Aina Sarah, tapi lebih mesra dikenali sebagai Aina. Berusia 22 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Pelajar Bachelor (Hons.) in Broadcasting dari UiTM Shah Alam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Merupakan seorang yang suka untuk mencuba dan senang untuk bergaul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Trending No. 1 Di Twitter, Ramai Teruja BIGBANG Nak Comeback!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/trending-no-1-di-twitter-ramai-teruja-bigbang-nak-comeback/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM