in

Tukar Gambar Profil Facebook Lepas 8 Tahun, Big Bang Nak Buat ‘Comeback’?

Cats 116

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini peminat Big Bang sila angkat tangan! Korang tahu tak baru-baru ini Big Bang sudah ‘update’ gambar profil Facebook diorang lepas 8 tahun pakai gambar sama. Wow 8 tahun ye pakai gambar sama.


Penukaran gambar profil itu buatkan ramai peminat Big Bang mula buat spekulasi yang kumpulan kpop popular itu mungkin akan buat kemunculan semula dalam masa terdekat. Betul ke ni?

Ibf

 

Lengkap lima ahli

Dalam gambar terbaharu itu, individu yang menjaga akun media sosial Big Bang telah menggunakan gambar yang menunjukkan kelima-lima ahli Big Bang iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang Daesung dan Seungri.

Gambar yang digunakan itu sebenarnya poster konsert jelajah Big Bang pada tahun 2015 yang lalu dan peminat merasakan penukaran gambar profil Facebook itu seolah-olah memberi bayangan yang kumpulan kpop tersebut bakal kembali dalam industri hiburan kpop dengan lebih gempak selepas ini.

176094223 319634246188644 3805549808547691512 N

Okey peminat Big Bang dah boleh get ready okey! Bawa keluar semua merchandise Big Bang yang korang dah simpan selama ni.

Salah seorang ahli kumpulan Big Bang iaitu Seungri, dia sebelum ini katanya sudah bersara dari industri hiburan selepas terlibat dalam skandal rasuah, penggunaan bahan terlarang dan juga sindiket pelacuran Mac 2019 yang lalu. Mungkin dia pun akan ‘join’ balik industri hiburan dengan Big Bang? Kita tengok la macam mana nanti.

Big Bang sebelum ini popular dengan lagu Fantastic Baby dan Love Song, mungkin ada ‘comeback’ lagu baru yang lagi meletop? Fuyoo tak sabar ni.

 

Sumber: allkpop, BIGBANG

Baca:Lepas Seungri, Kisah Sejarah ‘Hitam’ Anggota Kumpulan Big Bang Lain Pula Terbongkar

Capture 83

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.