in

Trend Masak Tepi Jalan & Pacak Khemah di Parking Lot Genting Highlands Undang Kecaman Netizen

Lepak Pacak Khemah Di Genting

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut saja tentang destinasi menarik yang wajib dikunjungi selepas sekian lama kita ber’PKP’, Genting Highlands pastinya antara salah satu tempat yang berada di dalam checklist korang semua kan?


700804

Pun begitu, keterujaan anak muda ke Genting Highlands baru-baru ini telah mendapat kritikan netizen selepas tular sekumpulan remaja dilihat melepak di tepi jalan dan memasang khemah di parking lot berdekatan stesen minyak di Genting Highlands.

 

“Berkelah tepi jalan, are you ok bro?” 

Menerusi video di TikTok yang dikongsikan @nhztulhnim, dilihat sekumpulan remaja duduk melepak di tepi jalan sambil menikmati kopi dan memakan maggie.

Sekilas pandang, perlakuan tersebut mungkin dilihat cool dan aesthetic tetapi sebenarnya ia mengundang bahaya.

@nhztulhnim

Borak, maggie & mengopi #gentinghighlands #friends #weekendvibes

♬ Viva La Vida – Coldplay

Menurut netizen, tindakan tersebut berbahaya kerana lokasi melepak itu berdekatan dengan jalan raya yang mana malang tidak berbau tiba-tiba kenderaan boleh terbabas ke arah mereka.

Malah ada juga yang mengatakan, mereka bimbang remaja-remaja yang melepak di situ tidak menjaga kebersihan dan membuang sisa-sisa makanan di lereng jalan dengan begitu sahaja.

Illegal Camping

 

“Ye tahu kelainan, biarlah bertempat diknon” 

Selain daripada video melepak di tepi jalan, viral juga satu video TikTok yang memaparkan beberapa orang remaja memacak khemah di parking lot berdekatan salah satu stesen minyak.

Menurut remaja yang terlibat, aktiviti terbabit sesuai dilakukan bagi mereka yang ingin bermalam di Genting tetapi tidak mampu check in di hotel. Pulak… 

@_dattebayo8

#gentinghighlands

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Mhd Aizzat

Pun begitu, seperti yang dijangka video berkenaan telah mendapat kecaman netizen yang menganggap kawasan perkhemahan itu sama sekali tidak sesuai kerana ia merupakan kawasan persendirian.

Pada masa yang sama, ramai juga berharap pihak Genting Highlands akan memperketatkan keselamatan supaya hal-hal seperti ini tidak berlaku.

Caveman Enter City

Apa-apapun kalau nak mencuba sebarang trend, korang dinasihatkan supaya pastikan ia selamat dan tidak salah dari sisi undang-undang. Stay safe okay? 

Baca: “Tunggu tahun depan gamaknya boleh pergi” – Ramai Teruja Tengok Rides Genting Skyworld Dah Siap, Tak Sabar Nak Kunjungi

Rwg

Sumber: The Star
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.