in

“Tunggu tahun depan gamaknya boleh pergi” – Ramai Teruja Tengok Rides Genting Skyworld Dah Siap, Tak Sabar Nak Kunjungi

Genting Skyworld Dah Siap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak musim pandemik melanda, rasanya sudah lama kita tidak bercuti ke mana-mana kan?


Jadi bila baru-baru ini viral beberapa foto dari Genting Skyworlds Outdoor Theme Park di media sosial, ramai yang dah pasang angan-angan nak bercuti ke sana!

Genting Skyworld 1614066473

Menerusi perkongsian Traveltopia di Twitter, beberapa imej telah dikongsikan Greg Pearn iaitu antara individu penting dalam pembinaan taman tema ini menerusi akaun Instagramnya yang menarik perhatian ramai.

Antara yang dipaparkan Greg ialah rides dan lokasi menarik yang dah siap dibina di Genting Skyworlds yang seakan-akan taman tema di luar negara. Wow best tengok! 

E5Hew5Uuyacv Pw 1

E5Hew5Zuyairlyg

E5Hew6Pviaas A1

E5Hew6Qucamrspc

 

Ada 26 jenis tema dalam Genting Skyworld, semua best belaka! 

Menurut Traveltopia, ada 26 jenis kemudahan hiburan dalam taman teman ini dan selain daripada roller coaster, ada juga permainan air.

Selain dari itu, taman tema ni juga katanya boleh tahan besar. Ia dikatakan sebesar 19 padang bola dan dijangkakan mengambil masa 4 hari untuk lengkapkan semua permainan yang ada di dalamnya. Wow! 

 

“Dah boleh kumpul duit” 

Rata-rata netizen yang melihat foto yang dikongsikan di atas sudah tidak sabar-sabar lagi nak mengujungi taman tema di Genting Skyworlds ni.

Ramai yang berharap kemungkinan tahun depan bolehlah ke sana jika COVID 19 sudah lenyap nanti. Sama-sama kita doa okay?

Covid Reda Genting

Okay dah boleh start kumpul duit dari sekarang gais! 

Baca: “Resort bapak dia punya la” – Muat Naik Gambar Bercuti di Pulau, Anak Vincent Tan Dapat Perhatian Netizen

Bercuti Di Redang

Sumber: NST
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.