in

Tragedi 11/9: Kenali Pramugari, Betty Ann Ong Yang Bantu Kenal Pasti 5 Perampas Pesawat

11 September 2001

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Kokpit tak menjawab. Seseorang telah ditikam di business class dan saya rasa ada gas pemedih mata dilepaskan. Saya rasa pesawat ini dirampas.”


Begitulah kata-kata pramugari American Airlines, Betty Ann Ong, 45, yang berada di dalam Pesawat 11 American Airlines sebelum kapal terbang terbabit merempuh World Trade Center’s North Tower pada jam 8.46 pagi pada 11 September 2001.

Betty merupakan antara yang terkorban dalam kejadian berdarah terbabit. Pun begitu, jasa yang diberikan wanita itu masih kekal diingati meskipun sudah 20 tahun insiden terbabit menggemparkan dunia.

Siapa Betty Ann Ong?

2 Hero Flight Attendant E1631338199455

Betty dilahirkan di San Francisco dan merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Ibunya telah berhijrah ke Amerika Syarikat dari China.

Terang kakak Betty, Cathie, adiknya itu memang mempunyai keberanian tinggi dan memang suka membantu orang lain.

“Pernah suatu ketika, kedai kami dirompak dan perompak mengacukan pistol pada kepala Betty yang bertugas di hadapan. Walaupun begitu, dia tak takut dan dengan tenang memberitahu kami yang rompakan sedang berlaku,” kata Cathie.

3 Hero Flight Attendant E1631338278744

Pada tahun 1987 pula, Betty yang sedang memandu di lebuh raya telah menyaksikan satu kemalangan yang mengakibatkan sebuah kereta Honda terbalik. Betty dan seorang penunggang motosikal segera menghulurkan bantuan mengeluarkan pemandu Honda yang tersepit.

Kata Michelle Brawley Ferragamo, seorang rakan sekerja pula, Betty memang sayangkan keluarganya dan sanggup terbang tanpa rehat ke San Francisco untuk bertemu mereka.

“Pekerja lain mungkin merancang untuk makan malam bersama tapi Betty menolak kerana dia mahu pulang ke rumah bertemu keluarganya,” katanya.

Kronologi kejadian sebelum Flight 11 merempuh World Trade Center’s North Tower

Ba4B57B275E4590626647B18B08Cfddd E1631338356632

Pada 11 September 2001, Betty telah meminta untuk bekerja shif tambahan di atas Pesawat 11 yang menuju ke Los Angeles. Difahamkan, Betty mahu bertemu Cathie dan bersama-sama menikmati percutian di Hawaii. Pun begitu, 14 minit selepas berangkat dari lapangan terbang, Pesawat 11 dilaporkan telah berpatah balik dan menuju ke New York.

Pada jam 8.20 pagi, Nydia Gonzalez, seorang pekerja American Airlines merupakan individu yang menjawab panggilan Airfone yang dibuat Betty.

Menerusi panggilan terbabit, dunia dapat mengetahui bahawa kapal terbang terbabit dirampas oleh 5 individu yang identiti mereka berjaya dikenal pasti melalui nombor tempat duduk mereka yang diberikan Betty dan seorang rakan sekerja, Madeline Sweeney.

Dalam panggilan sama juga, Betty memberitahu perampas pesawat telah mencederakan pekerja penerbangan lain iaitu Karen Martin dan Bobi Arestegui, mengelar leher Daniel Lewin, seorang penumpang di business-class sebelum merempuh masuk ke kokpit dimana Betty percaya juruterbang dan pembantu juruterbang, Captain John Ogonowski , 50, dan First Officer Thomas McGuinness Jr, 42, telah dibunuh.

Jelas Betty lagi, para penumpang lain duduk berkumpulan bersama di satu bahagian kapal terbang untuk mengelak daripada terkena gas pemedih mata yang dilepaskan.

September 17 20011 E1631338506559

“Pray for us. Pray for us,” kata Betty sebelum Pesawat 11 merempuh World Trade Center’s North Tower tak lama kemudian.

Dikenang sebagai wira

5 Hero Flight Attendant E1631338243131

Dua minggu selepas insiden berdarah itu, keluarga Betty akhirnya mendapat tahu mengenai sumbangan Betty yang telah membantu memberikan informasi dengan tenang meskipun pesawat yang dinaiki sudah dirampas.

Keluarga Betty telah meminta untuk mendengar rakaman suara terakhir Betty, walau bagaimanapun, permintaan itu pada awalnya ditolak sehinggalah pada suatu hari.

“Kami agak terkilan selepas mendengar rakaman terakhir suara Betty. Ground crew tak segera mengambil serius perkara yang diberitahu etty dan asyik tanya benda sama. Tapi kami bersyukur segalanya dirakam dan kami dapat tahu detik-detik akhir hidup Betty. Dia memang seorang yang berani,”kata seorang lagi kakak Betty, Gloria Ong.

59B72F581A00007100F06289 E1631338034169

Pada tahun 2004, keluarga Betty dilaporkan telah mengasaskan sebuah pertubuhan sempena memperingati jasa Betty. Pertubuhan itu dilaporkan memberi sumbangan kewangan pada kem musim panas kanak-kanak dan aktiviti sosial warga emas di Betty Ann Ong Chinese Recreation Center, San Francisco.

Sumber: New York Post

Baca: wtc-runtuh-102-minit-lepas-diserang-memperingati-19-tahun-tragedi-berdarah-11-september-2001Feat 9 E1631334425365

Sumber: Fox News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.