in

Malaysia Catat Kejayaan Di PBB, Dato’ Yasmeen Dipilih Ke Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Yasmeen Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia sekali lagi mencatat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila Dato’ Yasmeen Muhamad Shariff dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Committee on the Rights of the Child – CRC) bagi penggal 2027-2031.

Dalam pemilihan yang berlangsung sempena Mesyuarat Negara-Negara Pihak Ke-21 kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York pada 23 Jun 2026, beliau memperoleh undian tertinggi iaitu 136 undi daripada 189 Negara Pihak yang hadir.


Yasmeen 1

Ini merupakan kali kedua Dato’ Yasmeen menganggotai Jawatankuasa berkenaan selepas pernah berkhidmat bagi penggal 2013-2017.

Artikel berkaitan: KPWKM Perkukuh Usaha Lahirkan Pemimpin Wanita Menerusi Program PERANTIS

Artikel berkaitan: KPWKM Perkukuh 4 Teras Utama, Dari Guaman Ibu Tunggal Hingga ‘Sahabat PSSS’

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kejayaan itu mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen berterusan Malaysia dalam memperjuangkan hak kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Pengiktirafan ini hadir seiring dengan pencapaian Malaysia dalam Sesi Dialog Konstruktif Bersama Jawatankuasa CRC di Geneva, Switzerland pada Januari lalu, yang menyaksikan usaha negara dalam memperjuangkan hak kanak-kanak mendapat pujian.

Yasmeen 3

KPWKM memaklumkan kejayaan itu juga hasil kerjasama rapat bersama Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam proses pencalonan dan usaha libat urus antarabangsa.

Sebagai anggota Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak PBB, Dato’ Yasmeen akan berkhidmat atas kapasiti peribadi dan bebas bagi memantau pelaksanaan CRC, menyertai dialog bersama Negara-Negara Pihak serta mempromosikan pendekatan berasaskan hak dalam menangani cabaran yang menjejaskan kanak-kanak di seluruh dunia.

Sumber: KPWKM

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.