in

“Tolonglah bantu kami lawan wabak ni” – Sedih, Pasukan Perubatan Wuhan Terlalu Letih Sampai Merayu Minta Bantuan Luar

Collage 72

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak coronavirus COVID-19 masih merebak di seluruh dunia walaupun berita dari Wuhan dah makin berkurang. Tapi, ini tak bermakna yang dorang dah berhenti bekerja!


Pasukan perubatan Wuhan dari serata pelusuk China sedang bekerja keras dan kebanyakan dari dorang dah hampir tak larat. Tu belum lagi kira bekalan perubatan yang makin berkurangan.

The Wuhan Medical Team Is Physically Mentally Exhausted Asking For Global Support World Of Buzz 4

Menurut Oriental Daily, pasukan perubatan dekat sana cakap, topeng N95, pelindung mata, pakaian pelindung dan sarung tangan pun susah nak dapat dan disebabkan virus ni senang sangat nak berjangkit, dorang kena selalu basuh tangan sampai dapat ruam yang menyakitkan.

Tak cukup dengan tu, dorang juga terpaksa pakai topeng dan baju perlindungan untuk jangka masa yang lama sampai dorang dapat ulser pada bahagian dahi dan telinga.

The Wuhan Medical Team Is Physically Mentally Exhausted Asking For Global Support World Of Buzz 3 768X1023 1

Pakai sarung tangan setebal 4 helai buatkan kitaorang sangat cemerkap untuk buat sesuatu. Nak bukak bungkusan peralatan perubatan pun susah. So, bila nak bagi injection pada pesakit, ia merupakan satu cabaran yang besar.

Kadang-kadang pasukan perubatan dekat sana sanggup tak makan atau minum air selama lebih dua jam bila dah masuk wad pengasingan untuk jimatkan masa. Mulut dorang pun dah penuh dengan ulser dan lepuh serta ramai yang pengsan kerana kandungan gula atau oksigen terlalu rendah.

The Wuhan Medical Team Is Physically Mentally Exhausted Asking For Global Support World Of Buzz 5

Walaupun kami penjaga profesional, kami juga manusia dan macam orang lain kami pun rasa putus harapan, bimbang dan takut. Kami adalah orang yang paling berisiko untuk dijangkiti penyakit coronavirus pada tahun 2020.”

Setakat ini, dah 1,716 pasukan perubatan di China yang dijangkiti coronavirus dan 9 dari dorang dah meninggal dunia. Lebih kurang 14,000 pasukan perubatan dari seluruh China telah datang untuk berikan bantuan, tapi tak cukup.

The Wuhan Medical Team Is Physically Mentally Exhausted Asking For Global Support World Of Buzz 2

Kami perlukan lebih banyak pertolongan. So kami nak panggil jururawat dan staf perubatan dari seluruh dunia untuk datang ke China bagi membantu kami melawan epidemik ini.”

Sedih betul bila dengar dorang bertaruh nyawa untuk selamatkan orang lain. Hopefully ada staf perubatan yang sanggup untuk ke sana dan bantu dorang.

 

Baca: 13 Pesakit Yang Dah Sembuh Terkena Balik Coronavirus

Screenshot 2020 02 28 At 2.14.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.