in

“Tolong jgn tinggalkan saya sorang-sorang di rumah lagi”- Perompak Guna Taktik ‘Lori Sampah’ Pecah Masuk Rumah Sebelum Mencuri & Kelar Gadis

Feat 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni kat rumah sendiri pun boleh rasa tak selamat sebab penjenayah semakin melampau, sanggup gunakan ‘taktik kotor’ semata-mata nak mendapatkan keuntungan dengan jalan singkat.


Seperti yang dikongsikan Siti Afipah Harun di facebooknya semalam. Kejadian rumahnya yang dipecah masuk perompak sewaktu dia sedang bekerja dan hanya ada seorang anak buah perempuan dan 2 anaknya yang masih kecil berusia 5 tahun dan 1 tahun 1 bulan di rumah pada waktu kejadian.

Korang baca perkongsian Afipah ni :

Assalamualaikum.. Minta jasa Baik Anda semua viralkan sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan keluarga kita dan orang ramai.

Allah, Allah Allah..Astaghfirullahaladzim..

Tak tahu nak mula dari mana. Biasa terbaca kisah orang lain, kali ini, berlaku pada keluarga sendiri. Menggigil seluruh badan. Allahuakbar. Saya betul-betul tak kuat…harini baru saya mampu bercerita.. dan maaf kepada yang wasap saya tak dapat balas sorang2..

Rumah saya dimasuki perompak beberapa hari yang lepas. Kejadian berlaku pada 01/03/2019 hari jumaat yang saya sendiri tak pasti pukul berapa. Lokasi di Apartmen Dahlia, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

1638074550B748909979Af4F0Fc1E5E6

Saya balik dari kerja jam 6.50 petang, mula-mula sampai rumah dah rasa pelik bila tengok pintu hadapan terbuka dan dua orang anak saya yang berusia hampir 5 tahun dan 1 tahun 1 bulan sedang bermain dan menonton tv di ruang tamu dengan keadaan rumah agak bersepah dan terdapat sedikit kesan darah di tepi bilik air.. Saya dah mula memikirkan yang bukan-bukan lalu bertanya kepada anak di mana ‘Mek Nor?” (panggilan saya kepada anak buah tersebut.) Mek nor merupakan anak buah dan pengasuh kepada anak-anak saya. Bila diberitahu ada di dalam bilik air, saya segera melulu ke sana.

Leher dijerut dengan kain, dan dikelar di bahagian kening, dagu…

Siapa tak terkejut kalau lihat rumah macam tongkang pecah dan ada kesan darah berdekatan bilik air. Mesti otak akan ligat berfikir bagaimana kesan darah itu boleh muncul? Atau sesuatu telah berlaku di rumah tu?

Ternyata apa yang difikirkan Afipah BETUL!

Ya Allah! Tergamam, Lidah kelu. Saya meraung-raung apabila melihat anak buah yang hampir separuh nyawa berlumuran darah berada di dalam bilik air. Dalam keadaan leher dijerut dengan kain, dan dikelar di bahagian kening, dagu, yang saya percaya menggunakan pisau pemotong daging ayam.. tergamaknyaa!!!

52561471 1222754104560660 4324793009192304640 N

Keadaannya kini masih belum stabil, tidak dapat bertutur dengan jelas baru selesai operation pada hari sabtu lepas. Setiap kali dapat melawatnya dia akan cakap,’ Jangan tinggalkan dia sorang-sorang di rumah lagi’. Allah… saya tak dapat bayangkan apa yang berlaku padanya sepanjang hari kejadian.

Kata lori sampah langgar kereta, padahal….

Afipah berkata anak buahnya itu ada memaklumkan bagaimana perompak itu berjaya memasuki rumahnya. Malah dia tidak menyangka perompak semakin licik dan sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan wang untuk keinginan diri mereka.. elok ikat kat pokok je perompak ni, biar kerengga gigit.

Cara yang digunakan oleh perompak untuk masuk ke rumah saya dengan mengatakan kereta saya yang berada di parking kena langgar dengan lori sampah, menyebabkan anak buah saya panik dan segera membuka pintu grill untuk melihat keadaan kereta. Selepas itu, perompak tersebut segera menolaknya ke dalam rumah dan menumbuknya bertubi-tubi ke bahagian perut dan memukulnya di kepala.

Unset

Laporan polis sudah dibuat. Antara barang yang diambil seperti hp , purse dan barang kemas milik Nor… Saya terima dengan redha segala musibah atau ujian yang berlaku pada kami sekeluarga.

Malah Afipah ada menitipkan pesan sebagai peringatan bahawa semua pihak harus berhati-hati kerana perompak sekarang semakin licik dan akan menggunakan pelbagai tipu helah.

Pada masa sama dia memohon sekiranya orang di luar sana ada info berkenaan perompak tersebut atau saksi kejadian diharap tampil bagi membantu siasatan.

Korang hati-hati tau!

Baca : Cubaan Perompak Cabut Lari Gagal Lepas Tersungkur Jatuh Dari Bumbung Sebelum Dibelasah Penduduk

Huhu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.