Cubaan Perompak Cabut Lari Gagal Lepas Tersungkur Jatuh Dari Bumbung Sebelum Dibelasah Penduduk

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pentingnya rukun tetangga ini adalah dapat melindungi kita daripada sebarang ancaman bahaya, zaman sekarang ni jangan kata waktu malam, siang-siang yang terang menerang pun boleh didatangi perompak.

Anda semua mohon agar lebih berhati-hati dan perketatkan lagi keselamatan di rumah, malah jaga hubungan rukun tetangga supaya dapat dilindungi daripada ancaman bahaya.

Macam video yang dikongsikan oleh Muazzin ni, kejadian yang berlaku di Kuching, Sarawak tiga hari lepas ini cukup menyedarkan kita untuk lebih peka dengan keliling.

 

Cubaan merompak gagal

Dua orang perompak cuba menyelinap masuk di sebuah kediaman, namun disedari oleh jiran sebelum diserbu oleh 10 orang lagi penduduk setempat.

Pada mulanya salah seorang perompak itu cuba melindungi dirinya apabila dikejar diatas bumbung rumah dengan melibas parang sebelum melangkah ke atap lain.

Bagaimanapun, perompak itu terslaah langkah sebelum terjatuh dan diserbu oleh penduduk setempat.

Difahamkan kejadian ini berlaku sekitar jam 9 pagi! Aduhai, tengah terang-terang macam tu, mungkin kawasan perumahan sunyi kot.

 

Silap besar lah perompak tu – Netizen

Kalau kita perhatikan, perompak tu siap cuba nak serang lagi walaupun dah dikepung, nasib lah ada orang sedar, kalau tidak bagaimanalah nasib dan keadaan tuan rumah.

 

Baca : Dia paksa aku buka kereta berkali2.. Mjur pntu kunci” – Warga Asing Cuba Pecah Masuk Kereta Wanita Ini, Siap Mengaku Ahli Keluarga Lagi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?