in ,

“Tolong get back balik!” – Peminat Tak Keruan Tengok Gambar Brad Pitt Pegang Tangan Jennifer Aniston

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa boleh lupa duo paling ikonik masa awal tahun 2000 dulu? Masa tu semua orang nak jadi pasangan macam Jennifer Aniston dan Brad Pitt. Sama cantik sama padanlah orang kata.


Namun semuanya berubah lepas Brad Pitt curang dan jatuh cinta dengan Angelina Jolie. Peminat pun berpecah, ada yang sokong Angelina ada yang sokong Jen, mostly dorang kesiankan Jen.

Pun begitu, perkahwinan Brad dan Angelina turut tak bertahan, mereka bercerai secara rasmi tahun lepas.

TAPIIII, masa majlis anugerah Annual Screen Actors Guild Awards yang ke-26 semalam, nama Brad Pitt dan Jennifer Aniston tiba-tiba jadi trending. Apa jadi?

Brad semalam merupakan pemenang anugerah Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki sebagai Pelakon Pembantu untuk filem Once Upon a Time… In Hollywood. No doubt lah dia menang sebab lakonan dia dalam cerita tu power gila okay!

Tapi, apa yang lagi menarik adalah muka Jen masa tengok Brad bagi ucapan kelakar dekat atas pentas. Nampak tu supportive dia macam mana?

Thennnn, turn Jen pulak untuk menang Persembahan Terbaik Pelakon Wanita dalam Drama The Morning Show dan Brad tak lepaskan peluang untuk tengok bekas isteri dia terima anugerah dekat belakang stage tau.

Tengoklah tu, punyalah concentrate!!!

Kemudian, benda paling besar mula berlaku lepas acara ini berakhir! Brad Pitt dan Jennifer Aniston buat reunion yallsssss

Tak cukup dengan tu, jurugambar juga sempat merakamkan momen bila Jen nak berjalan pergi, Brad pegang tangan ex wife ni macam bagi signal suruh Jen jangan pergi. OMGGGGG

Tengoklah betapa mesranya dorang siap bisik-bisik lagi…

Disebabkan gambar reunion dorang yang tular ni, semua peminat duo ikonik ni jadi tak tentu arah.

“Korang, Brad dengan Jen ni cerita lama okay. Sudah-sudahlah tu. Sekarang ni tolong bagitahu aku, dekat mana aku boleh buat tatu untuk gambar ni?!!!”

“Kalau Brad dengan Jan boleh bersatu dekat SAG awards maknanya aku pun ada harapan untuk jumpa cinta sejati.” Well, tell me about it!

“Aku tahu Brad tak layak nak dapat Jen, tapi dorang Brad and Jen kotttt?”

Haa, jangan kecewalah kalau dorang tak together balik okay?

 

Baca: Video Bomba M’sia Buat CPR Selamatkan Anak Kucing Dapat Perhatian Dunia. Jennifer Aniston Pun ‘Like’ Tau!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.