in

Video Bomba M’sia Buat CPR Selamatkan Anak Kucing Dapat Perhatian Dunia. Jennifer Aniston Pun ‘Like’ Tau!

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita tahu, Pasukan Bomba dan Penyelamat kita memang boleh dibanggakan. Mana taknya, dari kebakaran, selamatkan ular hingga keluarkan lalat dari dalam almari pun dorang sanggup tolong.


So, dah sampai masanya satu dunia tahu betapa handalnya pasukan bomba Malaysia ni!

Baru-baru ni, The Dodo – media pertama Amerika yang menceritakan tentang kisah haiwan – telah memuatnaik video abang bomba kita selamatkan anak kucing di Instagram mereka.

Deskripsi video ini mengatakan, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang “hidupkan”  satu anak kucing selepas dorang selamatkan ia dari sebuah rumah terbakar.

Screenshot 2020 01 16 At 11.11.54 Am

Setelah beberapa lama abang bomba ni buat CPR ke atas anak kucing ini, ia akhirnya mengiau dan denyutan nadinya kembali stabil.

Bukan tu je, lepas anak kucing ni berjaya diselamatkan, abang-abang bomba ni turut letakkan ubat pada muka anak kucing tu! Awww

Selepas yakin anak kucing ni betul-betul dah okay, ia diserahkan semula kepada keluarga pemilik kucing tersebut.

Video yang dimuatnaik oleh The Dodo ini telah pun mendapat tontonan hampir 1.7 juta setakat ini. Bukan tu je, video ini turut dapat tanda suka dari pelakon popular Jennifer Aniston dan pujian netizen dari serata dunia tau!

Whatsapp Image 2020 01 16 At 11.02.37 1 Screenshot 2020 01 16 At 11.08.15 Am Screenshot 2020 01 16 At 11.08.27 Am Screenshot 2020 01 16 At 11.09.17 Am Screenshot 2020 01 16 At 11.09.33 Am

Nice job abang bomba! Admin stannnn

 

Baca: “Benda tu pun nak kena panggil bomba ke?” – Bomba Terima Panggilan Binatang Buas Dalam Almari, Bila ‘Check’ Cuma Lalat Je

Screenshot 2020 01 16 At 11.17.51 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.