in

“To Be Honest, Lelaki Akan Pandang Rupa Dulu Baru Attitude”

Lelki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau pilih pasangan tengok rupa dulu ke attitude dulu? Admin rasa isu ni susah jugak kalau na dirungkai. Ada je yang cakap tak kisah muka macam pun, asalkan perangai elok. Hmm… Boleh pakai lagi ke statement tu?


“Kenapa perempuan ni struggle nak cantik?”

Di Twitter, seorang netizen bernama Zamir telah membalas tweet seorang lelaki yang mempertikaikan “kenapa perempuan ni semua struggle nak cantik?”, katanya mostly lelaki pandang attitude dulu baru rupa… Katanya lah… Hmm…

Capture 20181103 160133
Sumber: Twitter

Lepas gaduh baru tahu attitude pasangan

Jadi Zamir ni bagi pendapat yang sejujurnya lelaki ni akan pandang rupa dulu baru attitude. Katanya kalau nak kenal attitude, kena bercinta dulu, lepas tu dah bergaduh baru tahu attitude pasangan tu macam mana. Haa… Ni mungkin admin setuju! Katanya lagi, mahu tak mahu, kecantikan adalah kayu ukur pertama sebelum memasuki fasa mengenali attitude.

Capture 20181103 160227
Sumber: Twitter

Kalau cinta sebab rupa je, memang akan punah

Dia turut berkongsi, masa dia suka tunang dia pun sebabkan rupa masa pertama kali jumpa, terus minta couple. Bila dah kenal tu dah beratus kali gaduh dan masa tu la baru tahu baik buruk pasangan. Masa tu la baru kita ni sedar, kalau cinta sebab rupa je, memang akan punah la. Kalau sebab attitude, manusia ni memang semuanya berubah dan kadang-kadang pasangan ni akan buat perangai yang kita tak suka so masa tu la kau kena fikir kau sanggup terima atau tak. Kalau perangai yang buruk tu kita cuba didik dan ubah. Wah admin pulak rasa macam admin ni ‘Doktor Cinta’.

So main point dia katanya, kena bergaduh baru tahu perangai sebenar. Tapi kalau dah kahwin baru nak gaduh, susah la nak patah balik. So, kena la bercinta dulu. Dia siap kongsi quotes untuk korang semua tau!

Capture 20181103 145848
Sumber: Twitter

Capture 20181103 145948
Sumber: Twitter

Katanya, “Masuk tandas awam pun pilih tandas dan selipar yang elok, inikan pula pasangan”. Haa… So korang yang mana, tengok rupa dulu ke attitude dulu?

Baca: Sudah 6 Bulan Tinggal Serumah, Wanita Terkejut Teman Lelaki Rupanya-rupanya Perempuan!

Pagel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.