in

Sudah 6 Bulan Tinggal Serumah, Wanita Terkejut Teman Lelaki Rupanya-rupanya Perempuan!

Pagel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cinta tidak mengenal usia. Jika zaman dahulu wanita digalakkan berkahwin dengan lelaki yang lebih tua kerana faktor kematangan fikiran dan pendapatan yang lebih stabil, hal itu tidak lagi menjadi isu pada alaf ini. Zaman sekarang sudah banyak kita dengar kisah wanita bercinta dengan lelaki yang lebih muda.


Inilah yang berlaku kepada seorang wanita dari China yang dikatakan telah bercinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda berbanding usianya, lapor Nextshark. Wanita dikenali sebagai Wang Qi tersebut merupakan seorang ibu tunggal yang berusia 40 tahun.

L2
sumber: nextshark

Bertemu dengan seorang lelaki dikenali sebagai Qian dalam talian pada tahun 2016, Qi yang berasal dari Wilayah Zhejiang pada awalnya tidak berminat dengan jejaka berkenaan. Hal ini kerana dia merasakan bahawa mereka tidak serasi dek jarak usia yang agak jauh.

Pun begitu, Qian tidak berputus asa dalam mendekati Qi dan mereka akhirnya bercinta pada Jun 2016 yang lalu. Tidak lama selepas itu, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk tinggal serumah. Namun, Qian tanpa disangka-sangka tiba-tiba hilang tanpa jejak setelah setahun bercinta.

L1
sumber: nextshark
L4
sumber: nextshark

Qian yang tidak dapat dihubungi turut menukar nama akaun WeChat yang digunakan sebelum ini. Sudah berhabis hampir RM200,000 kepada Qian, Qi keliru dengan tindakan teman lelakinya dan mahukan kepastian. Setelah puas mencari, Qi terkejut kerana mendapati kad pengenalan teman lelakinya menunjukkan jantina perempuan!

Terkejut dengan kebenaran itu, Qi mengimbau kembali kenangan sewaktu mereka bersama. Mereka tinggal serumah dan tidur bersama namun tidak pernah melakukan hubungan seks sepanjang perhubungan mereka. Ini kerana Qian menegaskan bahawa dia mahu menunggu sehingga mereka berdua berkahwin.

L3
sumber: nextshark

Qian juga memberitahu bahawa susuk tubuh Qi langsung tidak menunjukkan bahawa dia seorang wanita selain sering menggunakan tandas lelaki. Masih tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, Qi pergi berjumpa ibu bapa Qian. Bapa Qian kemudian memaklumkan bahawa anak tunggal perempuannya memang gemar memakai pakaian lelaki.

Aduhaaaiii, perempuan rupanya! Hati-hati jika berkenalan di internet, mata mungkin dikaburi cinta macam Qi sampai tak perasan langsung pasangannya perempuan. Baik cek IC pasangan masing-masing sekarang! 

Baca: “Saya tidak tahu dia sebenarnya seorang lelaki….”

L7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.