in

TMJ Sindir Tun M?

Sindir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Drama politik tanah air kita ni macam tak pernah selesai-selesai pulak ye? Lepas satu, satu pulak yang datang. Terbaru, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dikatakan kononnya menyindir Perdana Menteri, Tun M dalam satu ucapan terima kasih kepada Singapura di Facebook Johore Southern Tigers



Tmj
sumber: berita mediacorp

Menurut Berita Mediacorp, TMJ menganggap Singapura sebagai ‘jiran dan rakan’ kerana mereka selalu membantu antara satu sama lain terutamanya dalam krisis air dan kemarau yang berlaku baru-baru ni.

“Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Singapura kerana membantu negeri Johor ketika musim kemarau dan semasa kami dilanda dengan krisis air.

“Kami saling membantu antara satu sama lain. Semoga kerjasama dan perhubungan erat yang terjalin sejak beratus tahun ini wujud selama-lamanya,” tulis baginda di laman bola sepak rasmi Johor.

8966 10152928870229880 6515480488012037547 N
sumber: blog

Meskipun kenyataan ni wajar sebab Singapura pada Jun 2016, pernah salurkan bekalan air tambahan sebanyak 22.7 liter air bersih ke Johor lepas terima permohonan dari Badan Kawalselia Air Johor ke kawasan seperti Empangan Sungai Layang Johor, netizen ada pendapat yang berbeza.

Kebanyakannya menganggap TMJ sengaja up isu tersebut selepas Tun M keluarkan kenyataan untuk mengadakan perbincangan semula dengan Singapura berkaitan air yang dijual pada harga yang tak munasabah. Emm 3 sen 1000 galon ye? Murah sangat tu. 

Ini apa komen netizen yang seakan-akan kurang bersetuju dengan kenyataan TMJ.

Komen Tmh
sumber: facebook

Dalam pada tu, Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) sarankan supaya dua-dua negara patuhi sepenuhnya peruntukan yang tertakluk di bawah Perjanjian Air 1962 dan Perjanjian Pemisahan 1965.

Dalam perjanjian tu, Singapura diberi hak penuh dan eksklusif untuk mendapat maksimum 250 juta gelen air setiap hari dari Sungai Johor. Sebagai balasan, Johor berhak untuk beli air yang diproses daripada jumlah sama sehingga 2% air yang diambil Singapura pada sebarang hari atau 5 juta gelen air jika Singapura guna jumlah air maksimum dari Sungai Johor. Fuh giteww! 

Lebih baik netizen takyah masuk campur tentang isu ni. Biarlah Tun M dan kerajaan Singapura settle kan. Kita jadi pemerhati sudahlah. Lagipun isu ni bukan baru kan?

Baca: Membazir! Netizen Label TMJ Kurang Bijak Lepas Belanja Rakyat di Aeon Tebrau

Tmj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.