in

Membazir! Netizen Label TMJ Kurang Bijak Lepas Belanja Rakyat di Aeon Tebrau

Things

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dah cetuskan kontroversi bila baginda luahkan pendiriannya tentang isu politik yang bertentangan dengan parti Pakatan Harapan. Lepas sejuk jap isu tu, tetiba TMJ buat kejutan semalam dengan belanja rakyat Johor di Aeon Tebrau, Johor Bahru untuk membeli-belah keperluan harian dorang, lapor MMO.  


Pengumuman tergempar tu dah cetuskan ribuan pengunjung Aeon bergegas masuk beli macam-macam barangan untuk keluarga. TMJ dilaporkan dah membelanjakan kira-kira RM1 juta di pusat beli belah tersebut. Dianggarkan jugak, setiap seorang berpeluang untuk membeli belah sebanyak RM3,000! Wooo serius aaa! 

Tmj Shopping Spree1104D
sumber: mmo
Tmj Shopping Spree1104C
sumber: mmo

Tapi di sebalik kisah gembira yang tular kat media sosial ni, timbul pulak ura-ura yang mengatakan netizen tak berapa bersetuju dengan tindakan TMJ belanja rakyat di Aeon tersebut.

Menurut satu posting yang tular di Twitter, netizen itu menunjukkan situasi kaunter Aeon Tebrau yang bersepah dengan barangan keperluan yang rosak dan dibiarkan dengan begitu sahaja.

“Ini apa yang berlaku lepas ramai yang tak sempat bayar di kaunter Aeon Tebrau semalam. MashaAllah. It’s really sad.” 

30689101 2070264279663249 5603409325876838400 N
sumber: twitter

Whatsapp Image 2018 04 12 At 12.09.40 Pm

Netizen tersebut melabel tindakan TMJ sebagai kurang bijak kerana baginda sepatutnya turun membantu golongan yang lebih memerlukan daripada melabur wang dengan cara seperti ini. Sikap tamak sesama pelanggan membuatkan ramai di antara mereka ambil barang dengan kuantiti yang banyak dan akhirnya terpaksa tinggal barang tu bila masa yang ditetapkan sudah tamat. 

30657208 2070264226329921 4580406424445648896 N
sumber: twitter

Malah ada juga di kalangan netizen yang mendakwa masa yang ditetapkan pihak Aeon dan TMJ untuk membeli barang agak singkat sehingga ada yang tak sempat nak membayarnya demi untuk mencukupkan jumlah yang tetapkan. Fuh gila tamak korang eh. Beli sikit-sikit dah lah. 

Start pukul 5 lebih dan TMJ umum pukul 6. Tutup pintu pukul 7. Sepanjang dalam tu ada announcement. Dalam pukul 5 hingga 6 boleh belanja RM3,000. Lepas tu dia naik meja kaunter umum satu troli RM500. Lepas setengah jam umum lagi RM1,500 untuk satu troli. Sebab tu banyak yang lebih kena buang.” 

Whats

Malah rata-rata penduduk Johor Bahru berpendapat lebih baik wang tersebut dibelanjakan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Mereka ini juga hanya berbelanja di pasaraya seperti Econsave, Smart dan lain-lain berbanding Aeon.

Whatsapp Image 2018 04 12 At 12.09.39 Pm
sumber: twitter
Jimat
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, kita tak bolehlah letak semua kesalahan ni kat TMJ je sebabnya sebagai seorang rakyat Malaysia, kita sepatutnya tidak berperangai sedemikian. Kerana tamak, pelanggan Aeon ni mengambil banyak barang keperluan yang akhirnya terbiar macam tu je. Kesian pulak kat staf Aeon nak kena bersihkan semua ni.

Apa-apapun tindakan baginda yang mungkin berniat baik dalam membantu rakyat haruslah dipuji dan boleh diperbaiki pada masa akan datang. Patutlah ramai yang sayang dengan TMJ dan kerabat diraja Johor!

Baca: “Kenapa buang? Membazir!” – Aktivis Kongsi Pengalaman Bantu Keluarga Miskin Yang Boros

Bazir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.