in

“Tingkap sampai pecah” – [VIDEO] Shah Alam Teruk Dilanda Ribut, Netizen Gerun Lihat Kemusnahan

Page Ribut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Petang semalam kecoh di media sosial perkongsian warganet terutamanya di Twitter berikutan ribut petir yang melanda beberapa kawasan sekitar Shah Alam. Malah, video-video yang dikongsikan turut mendapat perhatian pengguna yang lain.


Menerusi perkongsian Twitter @Media_Selangor, beberapa video ketika kejadian itu berlaku. Difahamkan kawasan yang teruk terjejas adalah di Utropolis dan juga sekitar Seksyen 13.

Di bebenang akaun Twitter Media Selangor, pihak mereka turut kongsikan rakaman kawasan yang telah dilanda kerosakan. Boleh dilihatkan di dalam video, atap bumbung parkir kereta di pasaraya Giant Seksyen 13 juga rosak dibadai ribut.

Bukan itu sahaja, beberapa institut pengajian tinggi (IPT) di Shah Alam juga mengalami kerosakan yang besar selepas dilanda ribut yang bermula pada petang Khamis lalu. Antara IPT yang terjejas adalah Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan juga Management & Science University (MSU).

“Cermin surau pecah, kereta kemek dihempap pokok…”

Menurut Utusan Malaysia, Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengalami kerosakan cermin surau, pintu di bilik pejabat telah tercabut dan juga beberapa kenderaan yang rosak dihempap pokok tumbang.

Msu 1

 

“Takut tengok cermin tingkap, sampai pecah mat kena ribut… Atap tercabut sana sini. Scary gila!” – Netizen di Twitter

Kejadian yang menggerunkan ini telah menyebabkan netizen meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati sekiranya berada di luar. Ini kerana, ribut petir yang melanda sekitar Seksyen 13 itu disifatkan agak kuat sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami kerosakan yang teruk.

Twt Full 2

 

Ramai juga yang mendoakan agar semua urusan membaikpulih segala kerosakan dipermudahkan. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan juga dialu-alukan. Min harap semua yang terlibat teruskan bertabah ya!

Baca: Dakwaan Gelombang Kedua Hujan Ribut Hujung Minggu Ini Palsu –  Jabatan Meteorologi Malaysia

Untitled 1 16

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.