in

Tinggal Kat Kedai Burger Je…

Page Budak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun zaman dah moden, namun malangnya masih ada lagi rakyat yang berada dalam kedaifan sampaikan terpaksa berteduh di tempat yang kita pun tak terfikir.


Menurut WORLD OF BUZZ, baru-baru ni, pihak berkuasa terjumpa seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dengan ibunya berusia 33 tahun yang tidur di sebuah gerai burger usang. Allahu!

B2
sumber: the star
B1
sumber: the star
Burgerboy 2607181
sumber: the star

Difahamkan, mereka telah tinggal di gerai burger yang terletak di Balai Panjang, Melaka tu sejak dua bulan lalu. Keluarga kecil ni pun tinggal berdua je lepas ayah kepada budak berkenaan ditangkap sebab mencuri tiga tahun yang lalu.

Mak budak lelaki tu pun sekarang ni tengah mengandung tujuh bulan anak luar nikah. Bukan tu je, lepas ujian dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka wanita tersebut disahkan positif dadah dan telah dibawa ke pusat pemulihan. Hmm… Tak tau nak cakap apa…

B3
sumber: the star
B4
sumber: the star

Keadaan dua beranak ni dah dilaporkan kepada Wakil Rakyat Kesidang Allex Seah dan kemudian budak berkenaan yang masih belum bersekolah telah diambil oleh pegawai Jabatan Kebajikan untuk dibawa ke rumah kebajikan.

B5
sumber: the star

Sementara itu, dilaporkan bahawa budak lelaki tersebut mempunyai empat orang adik beradik lain yang telah pun diletakkan di bawah rumah Jabatan Kebajikan.

Harapnya supaya anak beranak ni akan okay je lepas ni dan maknya pun akan berhenti mengambil dadah lagi-lagi dengan anak dalam kandungan.

Tak sangka gerai tu boleh dijadikan tempat tinggal….

Baca: Budak 10 Tahun Berhenti Sekolah Kerana Tak Tahan Diejek Tinggal di ‘Kandang Kambing’

Rumah Kandang Kambing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.