in

Budak 10 Tahun Berhenti Sekolah Kerana Tak Tahan Diejek Tinggal di ‘Kandang Kambing’

Rumah Kandang Kambing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi hal biasa bagi budak-budak yang masih di bangku sekolah saling suka ejek mengejek dan usik mengusik antara rakan-rakan. Namun ejekan boleh bertukar menjadi sesuatu yang buruk apabila ia mencemuh tentang hal peribadi seseorang yang sensitif.


Ia samalah seperti apa yang berlaku kepada murid ini apabila dia terpaksa berhenti dari sekolah disebabkan tidak tahan menerima ejekan daripada rakan-rakan. Menurut MMO, pelajar berusia 10 tahun ini sering dicemuh kerana tinggal di ‘kandang kambing’. Aduhai kesiannya! 

Apa yang lebih menyedihkan, Khairul Nizam Fadli yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1, Kota Bharu, tidak mempunyai kelengkapan asas sekolah termasuk baju seragam sekolah yang baru.

Sk Kedai Buloh
sumber: mmo

Menurut Sarina Musa, 32, dia tidak mampu menyediakan barang kelengkapan sekolah anaknya kerana mereka tidak berduit. Bapa Khairul Nizam, Fadli Jusoh, 36, hanya bekerja sebagai pengutip kelapa dengan pendapatan yang tidak menentu.

Manakala Sarina telah membuat tiga pekerjaan dalam sehari iaitu menyiang ikan untuk dibuat keropok, mencanting batik dan melekatkan batu pada tudung dengan pendapatan RM20 ke RM30 sehari.

Ne 10.1
sumber: kosmo!

Rumah yang dikatakan ‘kandang kambing’ ini pula merupakan sebuah bangsal yang berkeluasan sembilan meter persegi dan mempunyai lantai kayu yang sudah reput. Didirikan 10 tahun lalu di atas tanah milik bapa Sarina, ia mempunyai dinding yang diperbuat daripada papan lapis dan hanya beratap zink.

Lebih memilukan, anak beranak ini terpaksa bertahan dengan kebocoran air yang masuk melalui celahan dinding zink dan papan lapis rumah mereka ketika hujan menimpa deras. Ya Tuhan…

Bt 19.1
sumber: kosmo!

Walau bagaimanapun, Sarina bersyukur kerana Khairul Nizam merupakan anak yang rajin dan sering membantunya tanpa disuruh.

Sejak berhenti dari sekolah dua tahun lalu, anak sulungnya itu lebih suka membantu keluarga di rumah termasuklah menjaga adik perempuannya, Mustika Ayuni, 5, yang menghidap penyakit sawan sejak kecil.

Malah Khairul Nizam yang masih budak itu juga jarang merungut kerana memahami kehidupan mereka yang miskin dan hidup dengan makan pakai ala-kadar sahaja. Muda-muda dah matang dan memahami…

Diharapkan semoga adalah pihak yang bertanggungjawab datang membantu keluarga yang susah ini. Rugi jika seorang budak yang baik tidak mendapat peluang untuk menimba ilmu dengan sempurna. 

Baca: Ibu Terkilan Anak Sering Diejek Tinggal Di ‘Reban Ayam’ Oleh Rakan Sekolah

Reban Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.