in

“Tindakan saya tidak boleh diterima” – Will Smith Kesal, Minta Maaf Sebab Tampar Chris Rock

2Ws

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon terkenal Hollywood, Will Smith memuat naik video permohonan maaf secara terbuka kepada Chris Rock susulan insiden menamparnya di pentas Anugerah Academy atau Oscar pada Mac lalu.



Dengan penuh penyesalan, Smith secara peribadi mengakui tindakannya ketika itu adalah suatu yang tidak boleh diterima. Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun media sosial @willsmith.

Dalam video itu, Smith turut menyatakan kekesalannya kerana tidak meminta maaf kepada Rock pada hari kejadian ketika menerima trofi Aktor Terbaik di pentas yang sama. Beliau turut menambah, bahawa beliau turut kesal kerana telah mengecewakan orang ramai atas tindakan diluar jangkaan yang telah dilakukannya.

Untuk rekod, insiden itu disiarkan secara langsung di seluruh dunia selepas Rock berjenaka mengenai imej isteri Smith. Berikutkan insiden itu, Smith dilarang untuk menghadiri acara Oscar selama 10 tahun.

 

Baca: Insiden Tampar Chris Rock, Will Smith Kena ‘Banned’ Dari Anugerah Oscar Selama 10 Tahun

Screenshot 2022 07 31 At 12.08.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.