in

“Time travel wujud ke?” – Wanita Terkejut Dalam Phone Ada Gambar Accident Sejam Sebelum Kemalangan Berlaku

Collage 52

Someone tolong explain apa yang jadi sebenarnya?

Macam ni ceritanya, seorang wanita terlibat dalam kemalangan pada 11 Oktober lepas lebih kurang pukul 7.30 pagi di Taman Wira Mergong, Kota Setar, Kedah.

Apa yang “istimewanya” tentang kes wanita ini, dia dikatakan melihat gambar dirinya sendiri dalam telefonnya dan gambar tersebut diambil SATU JAM SEBELUM kemalangan tersebut berlaku. Takkan kot?

498150
Sumber: sinar harian

Menurut Sinar Harian, wanita tersebut, Faizah Mohd Noh berkata dia memang ada ambil gambar kemalangan sebagai bukti untuk membuat laporan polis, tapi dia ambil dua gambar je.

Lepas saya periksa gambar yang diambil, saya terkejut kerana terdapat lebih dari dua gambar dalam telefon bimbit saya.”

Bukan itu je yang pelik, bila Faizah ini semak balik gambar extra yang tiba-tiba ada dalam phone tu, gambar tu diambil jam 6.26 pagi, padahal kemalangan berlaku pada jam 7.30 pagi!

Bukan tu je, gambar saya berdiri dekat luar kereta pun ada. Tapi saya tak ada pun bagi telefon saya pada sesiapa pun.”

“Kejadian ini sangat misteri. Waktu tu, saya sendiri hubungi 999 dan kawan-kawan. Telefon memang ada dekat tangan saya.”

Wanita ini pun ada juga periksa kamera dia, mana tahu kalau-kalau setting telefon dia rosak. Tapi, bila dia ambil gambar sehari lepas kejadian, tak ada pula apa-apa yang pelik berlaku.

Faizah kemudian menyambung ceritanya mengatakan ketika kejadian berlaku, dia dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerjanya.

“Saya bekerja di Kangar tapi menetap di Kedah. Jadi, setiap hari berulang-alik dari Langgar ke Kangar.

“Selalunya Isnin sampai Khamis saya guna jalan Korok cuma setiap Jumaaat saya akan lalu jalan tersebut sebab Kedah cuti, jadi jalan akan lengang.

498139
Sumber: sinar harian

Namun bila lampu isyarat bertukar hijau, satu kereta dari arah bertentangan membelok ke laluannya dan dia tak sempat brek dan berlaku pelanggaran.

Pun begitu, sehingga kini Faizah masih tak dapat jawapan bagaimana gambar misteri dia berdiri di luar kereta boleh ada dalam telefonnya.

Ish, biar betul ni? Mesti kena ada explanation benda-benda ni takkan boleh jadi macam tu je kan?

 

Baca: “Seram weh” – Netizen Ternganga Dengar Suara ‘Misteri’ Mangsa Kemalangan Ini

Screenshot 2019 10 22 At 2.25.03 Pm