in

Tiga Beradik Dijumpai Bergelumang Dengan Najis dan Tidak Terurus Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

Budak Terbiar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak adalah amanah dari Allah yang perlu dijaga sebaiknya. Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk anda memberi tempat tinggal, makan dan minum yang secukupnya serta menjaga kebajikan mereka.


Namun, dalam satu perkongsian di Facebook, tiga kanak-kanak dilaporkan telah dijumpai bergelumang dengan najis di atas tilam di dalam sebuah bilik sewa di Johor Bahru.

Budak1
sumber: facebook

Gambar tiga beradik itu tular semalam dan mereka dijumpai di dalam sebuah bilik yang kotor serta telah mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen. Menurut perkongsian itu, tiga beradik tersebut masing-masing berusia 6 tahun, 4 tahun serta 2 tahun dan telah ditinggalkan oleh ibu bapa dalam keadaan yang sangat tidak terurus. 

Malah, kanak-kanak itu semua sudah beberapa hari tidak mandi dan hanya memakan kerak nasi yang dicampurkan dengan kicap sahaja! Ya Allah kesiannyaaa.

Budak3

Budak4

“Ibu bapa mereka dikatakan bekerja tetapi tidak menguruskan anak dahulu sebelum pergi bekerja. Tiga beradik ini hanya ditinggalkan begitu sahaja, bergelumang dengan najis di atas tilam.”

Difahamkan, ibu mereka bekerja di salah sebuah kilang di Gelang Patah manakala bapa pula diamanahkan menjaga tiga beradik itu. Bagaimanapun, bapa yang tidak bertanggungjawab itu telah meninggalkan ketiga-tiga anaknya tanpa pengawasan dan tidak diuruskan dengan baik.

Keadaan tiga beradik itu hanya diketahui selepas salah seorang jiran mereka terdengar bunyi pinggan terjatuh sebelum bergegas melihat keadaan mereka.

Budak7

Budak6
sumber: facebook

Selepas perkongsian itu tular di media sosial, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru dilaporkan telah datang ke tempat itu bersama anggota polis Larkin.

Ketiga-tiga mereka kemudian dipindahkan ke Pusat Jagaan Kanak-kanak di Sultanah Aminah. Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak tersebut yang pulang pada waktu malam hairan apabila mendapati anak-anak mereka tiada di dalam bilik tersebut.

Budak5
sumber: facebook
Budak2
sumber: facebook

Pemilik tempat itu kemudian memaklumkan kepada pasangan itu mengenai apa yang telah berlaku. Pada awalnya, ibu kanak-kanak tersebut tidak mahu mengaku dan berkata terpaksa meninggalkan anak mereka kerana perlu menghadiri kursus.

Apabila mendapat tahu anak-anaknya telah diambil oleh pihak JKM, pasangan itu menangis dan tidak dapat terima bahawa anak-anaknya sudah tiada dalam jagaannya lagi.

“Mereka menangis teresak-esak seperti kematian anak selepas dimaklumkan. Si ibu berkata, dia sayangkan anak-anaknya dan tiga beradik itulah semangat dia untuk hidup dan tidak sanggup berjauhan dan mereka tidak pernah berpisah.”

Haaaaa baru nak menyesal kan!

Menurut informasi dari JKM, pasangan itu tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anak mereka buat sementara waktu sehinggalah diberitahu kelak.

Masa ada, taknak dijaga elok-elok. Bila orang dah ambil nak uruskan dengan baik, baru nak menyesal nak menangis.

Baca: Jururawat Kejam Dera Dua Anak Angkat Perempuan Secara Seksual, Cubit Kemaluan Hingga Luka

Luka Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.