in

“Tiba-tiba je lompat!” – Lelaki Pakai Baju Pelik Serba Hitam Sergah Penduduk Waktu Malam & Mengerang

Sergah Penduduk

Seorang lelaki dikehendaki pihak polis selepas dikatakan mengganggu penduduk setempat pada waktu malam. Menurut Mirror, lelaki itu memakai baju yang pelik berwarna hitam dan mukanya dilukis untuk menakutkan penduduk di Claverham, Somerset.

Seorang gadis berusia 20 tahun menjadi mangsa baru-baru ini dan sempat berkongsi gambar lelaki pelik itu supaya orang ramai berhati-hati.

Lelaki1
sumber: mirror

Ketika kejadian, gadis itu ternampak lelaki terbabit sedang mengerang dan bernafas dengan kuat ketika berjalan menghampirinya pada malam Khamis lepas.

Menurutnya, lelaki itu juga memegang pangkal paha (berdekatan alat sulit) sambil mengganggu penduduk setempat.

Dia tak habis habis ekori saya dan memegang pangkal paha, mengerang dan bernafas dengan kua. Bila dia betul-betul di depan saya, saya cuba berundur tapi dia pun maju selangkah ke depan.”

Gadis itu kemudian terus menolak lelaki tersebut sebelum menjerit sekuat hati menyebabkannya terkejut dan melarikan diri. Lelaki itu dikatakan memakai persalinan berwarna hitam yang diperbuat daripada latex.

Lelaki2
sumber: mirror

Polis tempatan memberitahu mereka sudah tahu tentang lelaki itu mengganggu penduduk dan kini sedang memburu individu berkenaan.

Apa pelik pelik punya perangai lah dorang ni…

Baca: “Jijik! Budak kecik pun dia ganggu” – Pemangsa Pedofilia Semakin Berani ‘Beraksi’ Depan Public

Cabul