in

“Tiang 5G kawal penduduk bumi” – Teori Seorang Pengguna Facebook Pasal Tiang 5G Jadi Bualan Netizen Di Twitter

Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, banyak sahaja cerita tentang teori vaksin yang tak masuk akal direka oleh golongan anti vaksin. Kalau reka teori je takpa ni sampai nak hasut orang lain untuk tidak ambil vaksin pula tu.


Baru-baru ini, melalui satu perkongsian @thefaizzainal di akaun Twitter, dia telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan seorang pengguna Facebook telah berkongsi gambar tiang 5G dan beberapa komen pengguna Facebook mengenai teori vaksin mereka.

Tiang 5G

Tiang 5G 1 E1628673673841

Tiang 1 E1628674467204

“Pandai-pandai je buat teori mengarut”

Posting yang dimuat naik oleh Faiz mendapat reaksi ramai pengguna Twitter yang lain dan lebih daripada sepuluh ribu retweets. Mereka berkata bahawa teori tersebut langsung tiada mengena dengan tiang 5G.

Tiang 5G dibina adalah bertujuan untuk merancakkan lagi sistem perhubungan dan teknologi di negara ini. 5G bukan sahaja membawa penambahbaikan dari segi kelajuan, tetapi turut membangunkan sektor dan penggunaan baru yang tidak terjangka pada saat ini.

Antara komen yang menjadi bahan jenaka netizen di Twitter adalah mereka berpendapat bahawa tiang 5G merupakan biological weapon yang diciptakan untuk mengawal manusia yang mengambil vaksin. Manusia akan dikawal menggunakan tiang tersebut.

Teknologi 5G pencetus gelombang dan vaksin penerima gelombang. Selagi teknologi 5G tidak diaktifkan, selagi itulah penerima vaksin yang dapat bertahan hidup takkan terkesan apa-apa dan menyangka mereka dilindungi daripada covid walaupun dianggap pembawa covid”

Ada lagi posting yang lebih kurang sama dan berkait dengan teori ini iaitu perkongsian daripada @junesalman:

Adiknya telah berkongsi satu voice dalam group Whatapps family mereka di mana seorang lelaki memberitahu tentang teori vaksinnya. Apa yang lagi menarik, dia berkata fakta tersebut telah disahkan oleh pakar-pakar 5G di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Sejak bila UKM ada pakar 5G.

Namun, posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook tersebut telah pun dipadam.

Nak buat teori sendiri takpa jangan sampai nak hasut orang takyah ambil vaksin okay.

Baca: “F*ck you” – Staf PPV Kena Maki Sebab Tak Boleh Tolong Adjust Buatkan Sijil Vaksin Tipu

Ft Antivax Maki Staf Ppv Tak Tolong Adjust Status Vaksin E1628671480649

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.