Tiada Lesen Memandu, Pelajar SPM Cedera Lepas Bawa Motosikal Lawan Arus

Tambah ke Sumber Pilihan
Motosikal

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun cedera selepas motosikal yang ditunggang secara melawan arus bertembung dengan sebuah kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan Bukit, Kajang pada Khamis.

Kejadian berlaku sekitar jam 2 petang dan turut melibatkan seorang pembonceng lelaki berusia 20 tahun yang bekerja di sektor swasta. Pemandu kereta pula merupakan seorang lelaki berusia 30 tahun.


Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan berlaku akibat tindakan penunggang motosikal yang memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dari arah hadapan.

Remaja berkenaan turut didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah, sekali gus meletakkan dirinya dan pengguna jalan raya lain dalam keadaan bahaya.

Screenshot 2025 12 06 At 10.10.00 Am

Artikel berkaitan: Ibu Maut Dig*lis, Motosikal Ditunggang Anak Gagal Mencelah Antara 2 Lori

Artikel berkaitan: Tak Sempat Elak Motosikal Tiba-tiba Tukar Arah, Suami Isteri Patah Tulang, Kereta Dipandu Terbabas

Impak pertembungan itu menyebabkan kedua-dua penunggang dan pembonceng tercampak ke atas jalan.

Mereka kemudian dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut. Penunggang mengalami kecederaan termasuk patah tangan kiri, manakala pembonceng serta pemandu kereta dilaporkan tidak cedera.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa, serta Seksyen 26(1) akta sama kerana menunggang tanpa lesen.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tiada Lesen Memandu, Pelajar SPM Cedera Lepas Bawa Motosikal Lawan Arus
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tiada-lesen-memandu-pelajar-spm-cedera-lepas-bawa-moto-lawan-arus/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM