in

Tiada Lagi Larangan Untuk Beli Arak dan Rokok di Langkawi Bermula 27 Mac 2019 Ini

Bebas Cukai

Berita baik? Agaknya lah kot! Bagi perokok di luar sana, kalau anda berkunjung ke Pulau Langkawi, kerajaan telah menetapkan bahawa tiada lagi larangan dikenakan untuk membeli rokok serta alkohol. WOW.

Menurut laporan daripada WORLD OF BUZZ, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Langkawi memaklumkan kepada Sinchew bahawa larangan membeli alkohol dan rokok di pulau tersebut telah ditarik balik pada 27 Mac lalu. 

Sebelum ni pada 2016, undang-undang di bawah Perintah Duti Eksais 2016 telah dikenakan yang mana membuatkan beberapa penjual tak puas hati.

You World Of Buzz
sumber: wob

 

Tiada limit untuk membeli berapa karton rokok TETAPI… 

Terdahulu, korang hanya boleh bawa keluar rokok atau alkohol yang dibeli dari airport dan jeti saja serta kalau korang beli barangan ni di kedai bebas cukai di Langkawi, korang kena habiskannya sebelum meninggalkan pulau tersebut.

Kini, bagi mereka yang membeli dua barang tersebut di Pulau Langkawi, tiada limit yang ditetapkan tetapi sekatan seperti sebelum ni masih ditetapkan untuk membawa keluar barang. Setiap pelancong hanya boleh bawa keluar satu karton rokok dan satu botol arak yang dibeli dekat mana-mana 56 kedai bebas cukai dalam masa 48 jam.

No More Restrictions On Buying Alcohol Tobacco In Langkawi Starting March 27 World Of Buzz
sumber: wob

Walau bagaimanapun tidak dipastikan sama ada undang-undang ni hanya ditetapkan di Langkawi saja atau mana-mana tempat bebas cukai lain.

Well nampaknya ramailah yang serbu Pulau Langkawi lepas ni!

Baca: Vivy Yusof Isytihar Rugi Nak Elak Bayar Cukai?

Fashion Valet