in

Tiada Lagi Alasan Untuk Ponteng Terawih di Masjid Dengan Aplikasi ‘Terawhere’

Terawhere

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Alahai, malasnya nak ke masjid. Solat di rumah je lah!’


Setelah pulang ke rumah dari tempat kerja, anda berbuka puasa dan seterusnya bersiap-siap untuk bergegas menunaikan solat maghrib, isyak dan berterawih secara berjemaah di masjid.

Tapi mesti ada satu atau dua hari dalam seminggu, anda berasa malas nak ke masjid kerana penat bergegas-gegas dan hanya memilih untuk solat di rumah saja. Dan hal ini makin menjadi-jadi pada minggu akhir di bulan Ramadan. Kan?

Solat Thailand
gambar hiasan – sumber: isma

Namun, usah risau! Sebuah aplikasi baru ‘Terawhere’ telah dilancarkan pada 26 Mei lepas membolehkan anda carpool atau berkongsi kereta bersama mereka yang lain untuk ke masjid atau surau. 

18698436 172480933284056 5725966263814254997 N
sumber: facebook

Dibangunkan oleh 15 belia yang inovatif, aplikasi ini membantu penumpang mencari kereta berdekatan yang melalui perjalanan yang sama untuk menuju ke lokasi solat terawih. Penumpang boleh menempah tempat duduk dan melihat tempat terawih yang ingin dituju pemandu. 

Screen Shot 2017 05 29 At 1.11.30 Pm
sumber: facebook

Selain itu, aplikasi ini juga bermanfaat dalam mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat masa sekarang, aplikasi ini hanya boleh dimuat turun menggunakan Play Store di telefon Android dan akan dikemaskini untuk pengguna iOS pada pertengahan Ramadan nanti.

Berminat? Boleh muat turun di sini.

Baca: Jakim Lancar Aplikasi Telefon Pintar Untuk Semak Status Halal Produk Makanan

Halalan Toyyib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.